Peminat Kecewa Cristiano Ronaldo Mesra Israel, Media Israel Sanjung CR7

Bintang bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo telah menjadi sasaran ramai peminatnya sendiri.

Ini gara-gara Cristiano Ronaldo telah bertemu dan beramah mesra dengan Menteri Luar Israel iaitu Israel Katz.

Media di Israel menjulang pemain itu sebagai kesayangan mereka pada hari ini dan menganggap Ronaldo sudah menamatkan spekulasi bahawa beliau adalah pejuang pro Palestine.

Mereka menjadikan gambar Ronaldo ini sebagai propaganda bahawa mereka turut mendapat sokongan daripada salah seorang manusia paling berpengaruh di dunia.

Malah akhbar di Israel memainkan sentimen memperlekehkan  peminat Ronaldo yang selama ini menurut mereka hidup dalam halusinasi menganggap pemain itu pro Palestine dan anti Israel. Penulis Israel Cool menulis:

“Pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menjadi subjek kepada banyak fake news dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kononnya pemain itu pro Palestine dan Anti Israel.”

“Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa perkara ini cuma rumors. Sedangkan Ronaldo memiliki banyak kolaborasi dengan syarikat komunikasi Israel, Hot dan Magen David Adom.”

“Sekarang ini, pastinya haters (Israel) dah dapat petunjuk.”

Semalam, Menteri Luar Israel iaitu Israel Katz mengadakan pertemuan dengan Cristiano Ronaldo di Itali, dalam lawatan politiknya.

Ianya berlaku ketika Israel sedang membuatkan Palestine menderita dengan beberapa siri serangan terbaru mereka.

Katz sangat meminati Ronaldo dan berpendapat pemain itu berhak untuk menjulang satu lagi UCL musl ini.

Katz sangat bangga bertemu dengan pemain itu dan menulis di Twitternya:

“Sebagai tambahan kepada lawatan diplomatik saya ke Itali, saya sangat berbesar hati dapat bertemu bintang Juventus.”

“Saya menyampaikan salam mesra daripada penyokong dari Israel kepada Ronaldo dan rakan-rakannya.”

“Ronaldo pemain yan hebat dan berhak mendapat sekurang-kurangnya 1 lagi kejuaraan (UCL).”

Katz kemudian mendedahkan dia terkejut diberikan jersi nombor 7 oleh Ronaldo. Dan pemain itu menyampaikan salam sejahteranya kepada penyokongnya di Israel.

Ramai peminat Cristiano Ronaldo yang sangat kecewa dengan tindakan pemain itu. Lebih-lebih lagi orang yang dengan beliau bergambar dianggap antara orang paling dibenci oleh pencinta keamanan.

Dalam majlis sebelum Katz bertemu Ronaldo, dia baru sahaja berucap menegaskan bahawa kententeraan harus kekal sebagai opsyen kepada Iran.

Para aktivis keamanan di seluruh dunia tidak selesa dengan kenyataan itu kerana mereka mengharapkan orang seperti Katz mencari solusi yang lebih baik daripada hanya memikirkan menggunakan senjata.

Katz juga menolak cadangan untuk mengadakan rundingan damai dengan pihak Bashar Assad.

Dalam pertemuan yang sama, Katz menggariskan isu pemerkasaan kempen menentang anti semitism di seluruh dunia.

Dan dia gembira kerana Itali turut memberikan sokongan kepada Israel

Itu turut membuatkan peminat sangat marah dengan Cristiano Ronaldo yang sebelum ini kerapkali dikaitkan dengan imej anti Israel kerana tak sukakan keganasan rejim mereka.

Ada juga yang memuatnaik video Ronaldo tidak mahu bertukar baju dengan pemain Israel kerana semangat anti zionis pada dirinya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.