Peminat Hairan Bagaimana Marcelo Boleh Masuk FIFPro XI?

Anugerah FIFA BEST 2019 telah pun menutup tirainya. Dan pemenang utama ialah Lionel Messi, selaku Pemain Terbaik Dunia FIFA 2019.

Messi menewaskan pencabar terdekat iaitu Virgil Van Dijk dan juga Cristiano Ronaldo.

Alisson Becker membawa pulang Anugerah, Penjaga gol Terbaik FIFA Best 2019. Sementara itu Jurgen Klopp pula dinobat jurulatih terbaik.

Marcelo Masuk FIFPro XI?

Namun, seperkara yang menarik adalah senarai FIFPro XI ataupun kesebelasan terbaik FIFA Best 2019. Di mana terselit nama Marcelo di dalamnya.

Real Madrid sekali lagi menguasai senarai 11 pemain terbaik dunia termasuk Eden Hazard yang baru menyertai mereka.

Ramai peminat mempersoalkan, bagaimana Marcelo boleh berada di dalam senarai tersebut.

Marcelo merupakan pemain yang gagal untuk memahat namanya sebagai pemain kesebelasan utama Real Madrid musim lalu. Beliau juga kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan Brazil.

Ada yang menyatakan Marcelo menjadi pemain yang dibangkusimpanankan oleh Reguilon sepanjang musim lalu di Real Madrid.

https://twitter.com/YinkaDTC/status/1176225926432133120

Ada yang membentangkan statistik dan penampilan Marcelo sepanjang musim lalu. Beliau hanya bermain 21 perlawanan daripada 38 perlawanan liga musim lalu.

Di La Liga, pertahanan Real Madrid berada di tangga ke-8 dan juga tersingkir di pusingan 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Para peminat juga mempertikaikan Luka Modric dan Sergio Ramos yang turut tersenarai dalam FIFPro XI. Kedua-dua pemain bergelut dengan prestasi sepanjang musim lalu.

https://twitter.com/tr_4f/status/1176227219062042624

Apapun keputusan sudah pun muktamad. Dan senarai ini akan tersemat dalam sejarah anugerah FIFA Best.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.