Peminat City Yakin Mbappe Sekadar Berpura-pura Cedera Menjelang Aksi Leg Kedua Di Etihad

PSG dilaporkan menggunakan Kylian Mbappe sebagai umpan untuk bermain permainan minda dengan Manchester City menjelang aksi pertemuan kedua-dua pasukan esok.

Para peminat yakin dan pasti bahawasanya Kylian Mbappe sekadar berlakon dan cuba mengalihkan perhatian City menjelang aksi leg kedua peringkat separuh akhir saingan liga Juara-Juara.

Bintang berusia 22 tahun itu sekadar menjadi penonton ketika aksi kemenangan 2-1 PSG menewaskan Lens kemarin dalam aksi saingan Ligue 1.

Beliau dilaporkan mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian betis kanannya dan mungkin akan terlepas aksi bertemu City.

Walau bagaimanapun, nama beliau sebenarnya turut disenaraikan dalam senarai skuad utama PSG yang berkunjung ke Etihad hari ini.

Kelibat beliau berjalan di lapangan terbang telah dirakam oleh peminat dan ramai yang merasakan beliau akan bermain dalam perlawanan esok.

Walau bagaimanapun, dek kerana melihatkan kepada cara berjalannya yang sedikit tempang, ramai peminat yang merasakan Mbappe hanya sekadar berlakon.

Bercakap pada Sabtu lalu, Pochettino telah mendedahkan bahawa beliau sangat berharap agar Mbappe akan kembali cergas dan boleh diturunkan ketika aksi bertemu City nanti.

“Saya sangat optimis, ya saya masih berharap.”

Jelas Pochettino selepas tamat aksi PSG bertemu Lens.

“Kami mahu dia berada di sana. Kami akan membuat keputusan sebelum perlawanan tapi saya sangat berharap dia kembali cergas.”

Kekalahan 2-1 PSG di Parc Des Princes minggu lalu memberi City kelebihan untuk aksi leg kedua ini dengan mereka hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk ke perlawanan akhir.

Mbappe sendiri pula sebelum ini telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh mengagumkan dengan membantu PSG menyingkirkan Bayern Munich dan Barcelona sebelum mara ke peringkat separuh akhir.

Khidmat beliau tentunya amat diperlukan oleh pengurus dan, City tentunya juga sedar akan hal ini dan bakal merancang sesuatu untuk menyekat kemaraan pemenang Piala Dunia itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.