Peminat City Bengang Mahrez Mengundi Bintang Liverpool Berbanding Kevin De Bruyne

Peminat Manchester City tidak gembira dengan tindakan Riyad Mahrez yang mengundi bintang Liverpool berbanding rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne untuk Anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Mahrez telah memberikan tiga undi sebagai ketua pasukan kebangsaan Algeria dan beliau telah mengundi Robert Lewandowski yang berjaya memenangi anugerah tersebut.

Walau bagaimanapun, undi keduanya, Mahrez lebih memilih untuk mengundi Sadio Mane dari pasukan seterunya, berbanding rakan sepasukannya sendiri De Bruyne.

Riyad Mahrez hanya meletakkan De Bruyne di kedudukan ketiga selepas Robert Lewandowski dan Sadio Mane.

Ianya agak pelik mengapa beliau memilih Mane, sedangkan, walau dalam keadaan City yang sedang dalam kesukaran, De Bruyne tetap berjaya memenangi anugerah individu PFA musim 2019/20 premier league.

“Jadi hal ini tidak kelihatan bagus sebenarnya.”

“Mahrez membuat saya rasa menyampah dengan dia.”

“Macam mana dia nak jumpa De Bruyne lepas ni? Ianya akan merosakkan keharmonian pasukan.”

“Apa alasan dia? Mane lebih bagus dari De Bruyne? Dia tak nampak pencapaian rakan sepasukan dia sendiri?”

Begitulah antara komen-komen dari peminat City yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahrez mengundi Mane berbanding rakan sepasukannya sendiri.

Virgil Van Dijk turut mengundi sebagai ketua pasukan Belanda dan beliau telah memberikan undiannya kepada Sadio Mane, Mohamed Salah dan Thiago Alcantara.

Dan kerana itu peminat City mahu Mahrez belajar sesuatu dari undian Van Dijk yang jelas hanya memberikan undiannya kepada semua rakan sepasukannya sendiri sahaja.

Bintang City yang kini berusia 29 tahun itu nampaknya tidak begitu mengambil kira tentang kesetiaan berpasukan dalam undian yang diberikan.

Undiannya kepada Mane telah membantu bintang Liverpool itu untuk berada di kedudukan tertinggi berbanding bintang premier league yang lain.

Pemain kebangsaan Senegal itu berada di kedudukan keempat secara keseluruhan dibelakang Lewandowski, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Sementara De Bruyne pula hanya berada di kedudukan kelima dan dibelakangnya Salah sementara Thiago pula berada di kedudukan kelapan dan Van Dijk berada di kedudukan ke-10.

De Bruyne menyamakan rekod assists yang beliau cipta dalam saingan premier league musim lalu dengan 20 assists.

Semua sedia maklum bahawasanya memang beliau bukan pemain pilihan untuk diundi dalam senarai ini berbanding Messi dan Ronaldo.

Tetapi ianya sukar untuk diterima oleh peminat City, apabila rakan sepasukan De Bruyne sendiri tidak mengundinya untuk menjadi yang terbaik dari saingan premier league.

Namun dari ramai peminat yang mengecam beliau, namun masih ada yang memuji Mahrez atas kejujuran dan ketelusan yang beliau tunjukkan dalam undiannya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.