Khabar angin bertiup kencang mengatakan Persatuan Bola Sepak Selangor sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Jerman untuk mengendalikan pasukan The Red Giants di saingan Liga Malaysia mulai musim akan datang.
Pada masa yang sama masa depan B. Sathianathan bersama pasukan Selangor turut samar apabila kontrak jurulatih tersebut bakal tamat pada November hadapan.
“Sama ada Sathianathan akan kekal atau tidak, ia akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa. Biarpun tidak menang (trofi) atau kalah, kami masih akan bincangkan kedudukannya.
“Macam tahun lalu dia tidak menang apa-apa tetapi masih kekalkan tugasnya, jadi kami akan membuat beberapa penilaian sebelum memuktamadkan keputusannya.
“Apa yang saya cakap sekarang ini mungkin tidak sama dengan apa yang bakal dibincangkan kelak,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di Shah Alam semalam.
FAS dikatakan sedang mengintai seorang jurulatih dari Jerman yang pernah memenangi Piala Dunia 1990 dan membimbing sebuah kelab ternama Jepun untuk mengendalikan The Red Giants musim depan.@ASTROARENA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 26, 2020
Susulan daripada laporan semalam yang disiarkan di Stadium Astro itu, hari ini Zulhelmi Zainal Azam melakukan satu ciapan di Twitter mengenai calon bakal pengganti Sathiananthan.
Menurut Zulhelmi, FAS sedang mengintai seorang jurulatih dari Jerman yang pernah memenangi Piala Dunia 1990 dan membimbing sebuah kelab ternama Jepun untuk mengendalikan The Red Giants musim depan.
Berdasarkan semakan kami berdasarkan skuad Jerman yang menjulang Piala Dunia di Itali pada 1990, satu nama telah menarik perhatian kami.
Guido Buchwald pemain timnas Jerman ( Urawa Reds 94-97) tahun 95-96 menjadi Best Player XI Jleague pic.twitter.com/V4jWQRzwnY
— J-League Lovers 🇲🇨 (@indo_jleague) April 22, 2013
Calon yang dimaksudkan ialah Guido Buchwald, pemain pertahanan Jerman yang pernah beraksi dan melatih Urawa Reds di Liga 1 Jepun.
Buchwald pernah bergelar pemain Urawa Reds pada pertengahan 1990an, sebelum bergelar pengendali pasukan tersebut pada 2004 sehingga 2007.
Bekas pemain pertahanan yang pernah beraksi bersama VfB Stuttgart itu turut diberikan anugerah jurulatih terbaik di J League pada 2006 selepas membawa Urawa Reds muncul juara pada musim tersebut.
Pada hari ini, Buchwald adalah Pengarah kepada Stuttgarter Kickers.
Bagaimanapun spekulasi ini masih lagi di peringkat awal. Sejauh mana kemampuan FAS untuk memujuk Buchwald menyertai Red Giants juga satu lagi perkara lain yang perlu dilihat.