Setiap orang mengimpikan untuk mencetak hatrik. Apatah lagi berjaya melakukan hatrik sempurna. Hatrik sempurna merujuk kepada hatrik yang dijaringkan dengan kaki kanan, kaki kiri dan kepala.
Dalam pertandingan Piala She Believes, Meikayla Moore, pemain pertahanan wanita Liverpool mewakili negaranya New Zealand. Dan dia mencetak hatrik sempurna untuk jaringan sendiri dalam kekalahan 0-5 New Zealand di tangan pasukan pilihan, Amerikan Syarikat.
Moore bermain dalam Kejuaraan Wanita Inggeris untuk Liverpool memulakan hari malangnya dengan tertampan bola ke gawang sendiri dengan kaki kanannya pada minit ke-5.
Seminit kemudian, pada minit ke-6, pemain pertahanan itu tertampan bola dengan kepalanya. Dan bola sekali lagi menerjah gawang sendiri.
Tidak pasti apa yang berlaku pada hari itu. Kerana segalanya serba tak kena buat Moore.
Jurulatih masih bersabar dan memberikan kepercayaan kepadanya. Dalam piala Dia Percaya itu.
Malagnya pada minit ke-36, Meikayla Moore menampan satu lagi gol sendiri dengan kaki kaki kirinya.
Selepas hatrik sempurna yang tak diingini itu berlaku, Meikayla digantikan dengan Rebekah Stott dengan baki separuh masa pertama masih ada 4 minit untuk dimainkan.
Pengurus New Zealand, Jitka Klimkova menganggap ianya hari sangat sukar untuk Moore. Dia berkata:
“Mana mana pemain yang bermain bola sepak, tidak kira di peringkat mana sekali pun, mereka akan ada hari yang bagus dan hari yang sukar. Dan hari ini, Moore ada hari yang sukar di lapangan.”
“Jelas sekali, dia sangat sedih dan kecewa, namun dia seorang pemain dan insan yang luar biasa milik pasukan ini. Kami semua di belakangnya ketika detik sukar ini.”
Selain daripada 3 gol subsidi itu, AS menambah dua lagi gol menerusi Ashley Hatch dan Mallory Pugh untuk memastikan kemenangan 5-0.
Rakan rakan Moore memberikan sokongan kepadanya dan berharap pemain itu dapat melupakan peristiwa ngeri ini.
Ianya dianggap sebagai salah satu detik paling malang dalam sejarah bola sepak yang akan dikenang buat selama lamanya.
Meikayla Moore pastinya perlu bangkit secara mental terlebih dahulu kerana ini adalah tamparan yang hebat buatnya dan akan menghantuinya sepanjang kariernya.