Vissel Kobe telah memenangi perlawanan akhir Japanese Super Cup selepas berjaya menewaskan Yokohama F. Marinos dipentuan sepakan penalti yang luar biasa.
Perlawanan berlangsung sengit dengan aksi kebangkitan dan kejar mengejar yang dipamerkan oleh Yokohama F. Marinos.
Vissel Kobe mendahului tiga kali namun Yokohama F. Marinos juga tiga kali menyamakan kedudukan dalam tempoh 90 minit permainan.
Keputusan seri 3-3 sama, memaksa pemenang Japanese Super Cup ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.
Tanpa diduga sepakan penalti ini berlangsung dengan sangat dramatik walaupun empat sepakan pertama tampak mudah.
Thiago Martins berjaya menyempurnakan sepakan pertama sebelum pemain lagenda, Andreas Iniesta menyamkan kedudukan.
Takahiro Ohgihara dan Junya Tanaka tiada masalah meletakkan bola ke gawang untuk kedudukan 2-2.
Bermula disepakan kelima pemain Pemain Vissel Kobe dan Yokohama FM telah gagal memasukan bola ke gawang lawan masing-masing.
Sebanyak sembilan sepakan penalti gagal disempurnakan secara berturut-turut daripada kedua-dua pemain pasukan Pemain Vissel Kobe dan Yokohama FM.
Sembilan sepakan ini telah dinafikan oleh tiang gol kiri dan kanan serta berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang.
Malah ada sepakan yang dimasukkan dengan unsur emosi dan kegeraman menyaksikan bola terus menuju ke langit.
9人連続PK失敗 pic.twitter.com/pYZKhCYYvu
— 👑カイエン青山🐃 (@CayenneAoyama__) February 8, 2020
Sepakan kelima, Edigar Junio berjaya ditepis penjaga gol Vissel Kobe, Hiroki Iikura dan bola keluar selepas terkena tiang.
Percubaan Keijiro Ogawa telah menyaksikan bola menghentam palang. Kota Mizunuma pula telah menghantar bola ke bulan untuk membuat kajian mungkin.
Daigo Nishi juga gagal memanfaatkan peluang untuk meletakkan Vissel Kobe. Ken Matsubara juga gagal sebelum Osaki blazed mengikut jejak yang sama.
Takuya Wada mencuba namun berjaya diselamatkan. Bekas pemain pertahanan Arsenal dan Barcelona, Thomas Vermaelen juga ke laut.
In Japan's super cup, Yokohama FM and Vissel Kobe missed 9 Penalties in a row combines in the shootout. https://t.co/SN7HQhF7wI
— TrollFootball.me (@meTrollFootball) February 8, 2020
Memasuki sepakan ke-13, pemain Yokohama FM, Keita Endo telah membuat sepakan deras namun dan berjaya menewaskan penjaga gol Vissel Kobe.
Namun sayang seribu kali sayang bola menghentam palang dan menggegarkan gawang, lalu bola melantun jauh dan membawa diri.
Hotaru Yamaguch memberi kemenangan kepada Vissel Kobe dengan menyempurnakan sepakan yang ke-14.
Kemenangan ini telah memberi Vissel Kobe kemenangan dan meraikan dengan penuh riang selepas melalui satu sepakan penalti penuh dramatik.
🏆CAMPEONES 👏🏻👏🏻🎉🎉 #2 #37
Vamos @visselkobe!! pic.twitter.com/7Lts2vzTv0— Andrés Iniesta (@andresiniesta8) February 8, 2020