Pemain Tak Diingini United, Haaland Meledak Lagi! Cetak 5 Gol 2 Perlawanan, Lebih Banyak Dari Setan Merah Tahun 2020

Pemain yang pernah dikaitkan dengan Man United, Erling Haaland telah mengganas lagi di hadapan gol. Kali ini FC Koln menjadi mangsa terbaru beliau.

Haland menjaringkan dua gol dalam aksi yang memihak kepada Borussia Dortmund, di mana kelab itu menang 5-1.

Dalam aksi berhadapan dengan FC Koln, Erling Haaland masuk pada minit ke-65, dan beliau menjaringkan dua gol untuk pasukannya.

Haaland menjaringkan gol pertama beliau hanya 12 minit selepas dimasukkan iaitu pada minit ke-77. Dan pada minit ke-87 beliau menjaringkan gol kedua peribadinya.

Sebelum ini Erling Haaland melakukan debut yang luar biasa apabila menjaringkan hatrik di dalam debut. Ketika itu beliau turut masuk sebagai pemain gantian.

5 gol dalam 2 perlawanan pertama di Bundesliga menjadikan Erling Haaland sebagai pemain pertama yang mencatatkan rekod seumpama itu.

Ternyata rekod gol Erling Haaland lebih baik daripada pasukan yang baru sahaja membuat kenyataan bahawa mereka yang menolak Erling Haaland.

Ternyata pemain muda ini memiliki masa depan yang sangat cerah di arena bola sepak antarabangsa.

https://www.youtube.com/watch?v=bHEi8fEkEx8&t=10s

United tolak Haaland, bukan Haaland tolak United – Ole

Ole Gunnar Solskjaer beberapa hari lalu tampil untuk membetulkan kenyataan Mino Raiola yang mendedahkan bahawa Erling Haaland yang menolak Manchester United dan menyertai Borussia Dortmund.

Ini kerana menurut Raiola, pemain muda itu lebih yakin Borussia Dortmund akan membantunya meningkatkan lagi kariernya berbanding dengan Manchester United.

Haaland menyertai Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan sekitar £17 juta dari RB Salzburg.

Raiola memberikan contoh: “Jangan kata Pogba, bagi Maldini, Maradona, dan Pele sekalipun, kalau kat Manchester United, mereka akan rosak dan tidak meningkat naik. Itu yang sedang berlaku kepada Paul Pogba.”

Itulah sebabnya yang menurut Raiola, menjadi alasan kenapa Erling Haaland enggan datang ke Manchester United. Pemain itu meminta jaminan untuk menjadi pemain utama. Namun United tidak dapat memberikan janji kepada pemain itu.

Erling Haaland merasakan United tidak serius dalam membantu membangunkan bakatnya.

Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa sebenarnya kenyataan Raiola itu tak tepat. Bukan Erling Haaland yang menolak Man United, tetapi sebaliknya.

Ole masih berpendapat, Manchester United adalah magnet kepada pemain. Berderet pemain di dunia ini yang mahu datang ke United. Sebab itu mereka perlu membuat pilihan bijak.

Ole menegaskan pemain muda Norway itu sangat teringin datang ke United. Tetapi halangannya adalah kerana Raiola.

Menurut Ole, ejen itu telah menjadi sebab kegagalan perjanjian itu. Hal ini pernah dibegangkan oleh Raiola ketika ada media mendedahkan bahawa, sikap Raiola menjadi sebab kenapa United enggan membeli Haaland.

Solskjaer mengesahkan laporan tersebut dengan berkata, Raiola telah meminta memasukkan klausa pelepasan pada pemain itu, dan mahukan kawalan kepada Erling Haaland.

Ole menyatakan, dalam perpindahan pemain, perlu menggunakan akal yang waras.

“Adalah sangat penting untuk kita menggunakan akal fikiran yang waras di dalam tindakan kita untuk perkara seperti ini.”

“Terdapat juga banyak perkara lain apabila anda perlu lakukan dengan teliti ketika mahu menandatangani pemain.”

“Anda perlu pastikan bahawa anda perlu mengawal pemain yang anda miliki bukannya orang lain. Anda tidak boleh memberikan ejen kawalan ke atas barang anda beli. Mereka tidak boleh mengawal dan menetapkan klausa ke atas barang yang anda beli.”

“Perkara itu sudah disebut selama ini, dan pada pandangan saya, kita harus mengawal

United dilihat sangat memerlukan penyerang, selepas menjual Lukaku dan melepaskan Alexis Sanchez. Erling Haaland dianggap calon terbaik untuk mengisi tempat di United lebih-lebih lagi United kini meratapi kecederaan Marcus Rashford.

Namun Ole berpandangan berbeza. Ole merasakan mereka tidak perlu terlalu terdesak mahukan pemain kelab lain kerana ada bakat di di dalam kelab mereka sendiri.

United ada pemain seperti Mason Greenwood dan Anthony Martial yang dilihat mampu mengisi ketiadaan pemain seperti Rashford.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.