Pemain Senior Arsenal Mahukan Ancelotti Bukan Arteta

Semalam media di London melaporkan Pengarah Urusan Arsenal, Vinai Venkatesham dilihat meninggalkan kediaman Arteta di Manchester.

Vinai dilaporkan berada di sana selama dua jam, dipercayai berbincang dengan Mikel Arteta tentang tawaran pengurus yang baharu di Arsenal.

Sejak Unai Emery dipecat, Arsenal sudah memburu beberapa nama bagi menggantikan beliau.

Arsenal dijangka akan melantik bekas kapten The Gunners, Mikel Arteta dalam masa tedekat ini.

Arsenal mahu urusan tersebut diselesaikan sebelum aksi EPL pada hujung minggu ini berhadapan dengan Everton.

Sebelum ini, sudah 2 kali Freddie Ljungberg mendesak agar Arsenal segera melantik pengurus tetap di Emirates.

Ini bagi memudahkan dan melicinkan semula urusan kejurulatihan di Arsenal. Buat masa ini segalanya serba sukar di Arsenal kerana kekurangan kakitangan. Ljungberg tiada kuasa melantik staf yang baharu.

Namun kini, usaha Arsenal untuk melantik Mikel Arteta dikatakan kurang mendapat sokongan daripada beberapa pemain senior Arsenal.

Sebaliknya mereka lebih mahukan Carlo Ancelotti dilantik menjadi pengurus baharu.

Mereka tidak yakin Arteta akan dapat membimbing pasukan Arsenal untuk kembali ke kelompok elit Eropah.

Ancelotti dikatakan sudah bersetuju untuk mengendalikan Everton. Namun masih belum menandatangani kontrak secara rasmi.

Para pemain senior Arsenal percaya, pengalaman pada Ancelotti akan membawa lebih kebaikan kepada pasukan mereka berbanding dengan Arteta.

Arteta tiada pengalaman menjadi pengurus utama mana-mana pasukan.

Mikel Arteta kini menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City. Beliau antara pembantu yang banyak membantu Guardiola dalam isu taktikal dan juga membangunkan para pemain.

Namun untuk Arsenal mendpatkan Ancelotti bukannya mudah. Ia memerlukan mereka melakukan tawaran yang luar biasa untuk menarik pengendali legenda dari Itali itu ke Emirates.

Ancelotti dipecat oleh Napoli dan digantikan dengan Gennaro Gatusso. Ancelotti sudah lama dikaitkan dengan Arsenal. Namun tiada perbincangan dilakukan dengan pengurus tersebut.

Mikel Arteta adalah calon utama mendahului calon-calon lain untuk mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh Unai Emery.

Di atas kertas, Arsenal kini berada di tangga ke-10 dalam carta Liga Perdana Inggeris. Hanya memungut 22 mata selepas 17 perlawanan.

Ianya jelas bukan kedudukan terbaik untuk mereka mengejar misi untuk kembali ke UCL. Silap – silap haribulan, mereka boleh terkeluar daripada persaingan ke Liga Europa musim hadapan.

Arsenal sudah tewas 5 kali dalam liga musim ini. Ia bukan pencapaian yang mereka inginkan selaku pasukan yang paling meriah pada jendela perpindahan yang lalu berbanding dengan pasukan big 6 yang lain.

Adakah Arsenal akan mampu mendapatkan Ancelotti kerana menurut kehendak para pemain?

Ataupun meneruskan hasrat mereka untuk melantik Arteta yang memiliki pengalaman menjadi pembantu kepada Guardiola?

Martion Keown sebelum ini menyatakan Arteta calon yang sesuai kerana falsafah beliau adalah berasaskan apa yang beliau pelajari di Barcelona satu ketika dahulu.

Ianya sesuai dengan Arsenal yang bermain bola sepak berasaskan hantaran rendah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.