Pemain Muda Indonesia Luah Kesedihan Atas Perletakan Jawatan Ratu Tisha

Perletakkan jawatan Ratu Tisha sebagai Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bukan sekadar akan memberikan kesan kepada badan bola sepak tersebut.

Tidak terkecuali, ia turut memberi kesan kepada barisaAtasn pemain di dalam skuad Bawah-19 Tahun Indonesia.

Dua pemain iaitu Bagas Kaffa dan Bagus Kahfi sememangnya diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Ratu Tisha.

Tisha sering kali menghadiri latihan dan menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan muda Indonesia itu.

Oleh ekrana itu perletakkan jawatan Ratu Tisha sedikit sebanyak turut dirasai oleh mereka.

“Ibu Tisha sememangnya sangat rapat dengan pasukan Bawah-16 dan juga Bawah-19. Ibu sangat melindungi. Maka ia pasti seperti satu kehilangan,” kata Bagas dalam satu program Locker Room di Instagram.

Kenangan manis bersama Tisha turut dilalui rakan sepasukan Bagas. Malah David Maulana masih terkenang pengalaman memasak juadah berbuka puasa bersama-sama Tisha pada tahun lalu.

“Banyak kenangan manis dengan beliau. Waktu itu sempat berbuka puasa bersama, dan merasakan masakakan Ibu Setiausaha, Ratu Tisha.

“Banyak juga kami dapat motivasi dari beliau. Misalnya beliau mahu kami selalu percaya diri dan jangan cepat puas,” kata David di laman sesawang Barito Putera.

“Harapan saya selepas ini ialah  semoga Ibu Tisha sihat selalu dan sentiasa dilindungi di mana pun berada,” katanya lagi.

Ratu Tisha merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan tertinggi di dalam pengurusan PSSI.

Beliau juga merupakan wanita pertama di Indonesia yang memainkan peranan bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selaku anggota jawatankuasa pertandingan.

“Semoga [Ibu Tisha] tetap memberikan sumbangan kepada bola sepak Indonesia,” tambah Bagas.

“Hati saya kalau dibelah isinya hanya sepak bola” ucap Ratu Tisha ketika mengumukan perletakkan jawatan di PSSI.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.