Pemain Mainz Berpura-Pura Mengikat Tali Kasut Sebelum Menjaringkan Gol

Pemain penyerang pasukan Mainz, Robin Quaison telah berjaya memperdayakan pemain pertahanan pasukan lawan serta penjaga gol dengan helah berpura-pura mengikat tali kasut.

Kejadian yang penuh luar biasa itu telah terjadi di liga Jerman, Bundesliga pertemuan di antara Mainz dan Hertha Berlin.

Ketika Mainz mendapat lontaran ke dalam di kawasan Hertha Berlin, Robin Quaison telah tunduk dan berpura-pura mengikat tali kasut.

Pemain pertahanan yang menjaga beliau percaya dengan perlakuan Robin Quaison dan menggunakan kesempatan itu untuk menumpukan perhatian kepada bola yang datang.

Namun apabila bola datang dari sebelah kanan gawang dan dihantar ke kotak penalti, Robin Quaison telah melakukan pecutan mengejar bola.

Marius Wolf , pemain yang mengawal Robin Quaison pada mulanya nyata terkejut dengan beliau yang sudah berada di depan.

Dengan mudah pemain berusia 26 tahun itu meletakkan bola ke gawang dan membuatkan pemain lawan tergamam menyesali bahawa mereka telah discam.

Satu perbuatan yang nakal dan agak genius, kekecewaan Marius Wolf menceritakan segalanya kerana diperbodohkan sedemikian rupa.

Mainz berjaya menewaskan Hertha Berlin -1 dalam perlawanan ini untuk menjauhkan diri daripada zon penyingkiran.

Robin Quaison yang pernah bermain bersama Palermo dan AIK sebelum ini menambah lagi dua gol pada separuh masa kedua untuk hatrik.

Ini merupakan hatrik kedua Quaison dalam kariernya di mana hatrik pertama hadir ketika Mainz membelasah Werder Bremen 5-0, Disember lalu.

Pemain Sweden ini telah menjaringkan 11 gol dalam 20 penampilan di Bundesliga musim ini dengan purata satu gol dalam tempoh 148 minit.

Hanya Robert Lewandoski, Jadon Snacho dan Timo Werner menjaringkan lebih banyak gol musim di Bundesliga berbanding Robin Quaison.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.