Pemain muda Liverpool, Harvey Elliot memperlekehkan kejayaan Arsenal menewaskan Liverpool dalam perlawanan Perisai Komuniti, sambil menggelar perisai tersebut sebagai trofi McDonald’s
Arsenal memenangi perisai dan perlawanan yang menjadi simbol bermulanya musim baharu Liga Perdana Inggeris itu melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit.
Berjaya menewaskan juara liga musim lalu dengan jaringan 5-4, pemain-pemain Arsenal kemudiannya melonjak kegembiraan meraikannya seolah tiada hari esok.
That's it. That's the photo.#CommunityShield | #ARSLIV pic.twitter.com/DNwBzW0Jak
— Arsenal (@Arsenal) August 29, 2020
Sama ada pahit kerana kalah, atau kerana kebongkkan, Elliot macam tak kisah dengan kekalahan pasukkannya.
Elliot yang sekadar memanaskan bangku pemain simpanan dalam perlawanan ini kemudian berkata dalam Instagram Live: “Saya tidak risau [kalah] bro. Lagipun ia hanya trofi McDonald’s.”
Pemain muda yang dinggap sebagai salah satu bakat luar biasa di Anfield itu kemudian menambah: “Enam kejuaraan Champions League” – merujuk kepada kejayaan The Reds di eropah.
Keangkuhan Elliot yang memperlekehkan kemenangan Arsenal itu seperti dijangka menarik perhatian ramai.
No way Harvey Elliott is this salty about a "McDonald's trophy", bringing up Champions League like he had contributed to them winning it 😂😂😭😭
He defo has a FT burner account pic.twitter.com/kfHyOfoX9g
— Arteta FC (@ArtetaGunner) August 29, 2020
Penyokong Liverpool seperti biasa menganggap Elliot seperti wira dan juga seorang pemain Liverpool yang sejati.
Penyokong lain pula ketawa akan sikap kebudakkan Elliot, yang sememangnya masih mentah kerana baru berusia 17 tahun.
Liverpool memulakan perlawanan dengan baik dan penuh sinar harapan yang tinggi dan bergaya tetapi sinaran itu telah segera di padamkan oleh Pierre Emerick-Aubameyang pada minit ke-12.
Harvey elliott the top red 😂 pic.twitter.com/Z7QqAQrl1R
— Jack™🎗️ (@afcjack101) August 29, 2020
Pierre Emerick-Aubameyang menjaringkan gol pembukaan buat Arsenal melalui satu sepakan lencong padu, padat dan sendat diatas garisan kotak penalti.
Bola lencongan dihasilkan Aubameyang tidak dapat diselamatkan penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker yang meregangkan sepanjang boleh badannya namun gagal untuk menyentuh bola.
1 – Takumi Minamino is the first player to score his first ever goal for @LFC at Wembley Stadium, with this his 15th appearance for the Reds in all competitions. Arch. #ARSLIV
— OptaJoe (@OptaJoe) August 29, 2020
Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino menyamakan kedudukan buat Liverpool selepas rehat separuh masa pertama sekaligus mengukuhkan gelaran Liverpool sebagai King of comeback.
Minamino sebenarnya cuba menghantar bola kepada Mohamed Salah namun bola tak sengaja kembali semula ke kakinya, lalu dilepaskan satu sepakan penyudah yang tenang menewaskan Emiliano Martinez.
9 – Arsenal have won nine of their last 11 penalty shootouts in all competitions, having won just four of their previous 10. Nerve. #ARSLIV pic.twitter.com/osHANVKHS4
— OptaJoe (@OptaJoe) August 29, 2020
Kedudukan kembali seimbang buat kedua-dua pasukan dan tiada gol tambahan sehingga tamat 90 minit permainan memaksa pemenang ditentukan pada penentuan sepakan penalti.
Empat sepakan pertama berjaya disempurnakan dan Mohamed Salah menjadi penendang pertama disusuli oleh Reiss Nelson, Fabinho dan Ainsley Maitland-Niles.
🏆 2014
🏆 2015
🏆 2017
🏆 2020Arsenal have now won the Community Shield in each of their last four appearances in the competition. pic.twitter.com/98HNnCNmww
— Squawka Football (@Squawka) August 29, 2020
Sepakan ke-5 gagal disempurnakan oleh pemain muda terbaik dunia, Rhian Brewster. Sepakkannya telah menghentam palang dan deras keluar menuju ke bulan.
Liverpool kempunan lagi untuk menjulang dulang Perisai Masyarakat selepas dikecewakan Manchester City musim lalu juga melalui sepakan penalti.
Mungkin kerana itu Elliot makan hati. Kalau dia yang bermain dan sepak lalu Liverpool menang, maka Perisai Komuniti sama taraf dengan Piala Dunia seluruh Galaksi Petala Alam.
Satu kemenangan nasib buat Arsenal membuatkan penyokong mereka kembali berbunyi dan timbul.
Ini merupakan gelaran Perisai Komuniti Arsenal yang ke-16, menjadikan mereka kedua terbanyak di belakang Manchester United yang mengumpul 21 dulang.
Arsenal XI: Martinez, Luiz, Holding, Tierney, Maitland-Niles, Bellerin, Xhaka, Elneny, Saka, Aubameyang, Nketiah
Subs: Leno, Cedric, Saliba, Kolasinac, Olayinka, Willock, Nelson, Smith Rowe, John-Jules
Liverpool XI: Alisson; Robertson, van Dijk, Gomez, N Williams; Wijnaldum, Milner, Fabinho; Mané, Firmino, Salah.
Subs: Adrian, Tsimikas, Keita, Grujic, Jones, Minamino, Elliott, Koumetio, Brewster