Pemain Ini Mengaku Dirinya Lagi Bagus Dari Messi, Ronaldo Dan Neymar

Bekas penyerang Brazil iaitu Edilson tela membuat satu pengakuan yang sukar dilakukan oleh mana mana manusia yang ada akal fikiran yang waras.

Ini selepas dia menyatakan dia lagi bagus daripada Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar. Sampai tiga sekali dia pukul keliling untuk menceritakan kehebatannya sebagai pemain.

Nama tiga pemain tersebut adalah 3 pemain yang dianggap antara terbaik di dunia pada ketika ini.

Messi dan Cristiano Ronaldo, tanpa keraguan merupakan antara 2 pemain yang terulung sepanjang zaman dalam arena bola sepak.

Edilson ketika kariernya hanya bermain di Liga Brazil bersama kelab Palmeiras dan Corinthians. Hanya pernah berkelana ke Eropah ketika dipinjamkan ke Benfica.

Namun itu bukan halangan untuk Edilson menyatakan bahawa beliau ketika prime adalah lebih bagus dariapda Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, serta bintang senegaranya, Neymar.

Edilson menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa beliau ada satu piala dunia. Edilson dalam skuad Piala Dunia Brazil pada 2002. Beliau menyatakan bahawa beliau memiliki personaliti yang lebih kuat daripada Lionel Messi.

Edilson berkata: “Ketika kemuncak prestasi saya, saya bermain lagi bagus daripada Neymar. Untuk mengalahkan saya, Neymar harus memenangi Piala Dunia, barulah dia boleh kata dia lagi bagus daripada saya,” kata Edilson kepada TV Bandeirantes, tanpa bergurau.

“Saya ada personaliti yang tinggi. Untuk Messi nak atasi saya, dia kenalah menang Piala Dunia dulu.”

Selain itu Edilson mempelekehkan skil dan kemampuan Cristiano Ronaldo yang dikatakannya sebagai hanya bergantung kepada rembatan deras dan aksi permainan fizikal yang lasak.

Edilson menyatakan: “Cristiano Ronaldo adalah pemain yang hanya bergantung kepada kekuatan, dan dia merembat bola dengan kuat menggunakan kedua dua belah kakinya. Dari segi skil, saya lebih berskil daripada dia.”

Sebagai rekod, Cristiano Ronaldo dan Neymar, kedua duanya pernah sampai ke separuh akhir Piala Dunia. Manakala Messi pula pernah mara ke final Piala Dunia pada 2014.

Tetapi Ronaldo ada satu kejuaraan major di peringkat antarabangsa iaitu membantu negaranya memenangi Euro, di mana Ronaldo menjadi kapten pasukan kebangsaannya ketika itu.

Messi dan Neymar masih belum merasa menjulang kejuaraan major di peringkat antarabangsa. Neymar cedera ketika kempen Copa America sebelum ini, di mana Brazil menjadi juara.

Messi masih mencari trofi antarabangsa untuk negaranya selepas banyak sekali status naib juara yang beliau capai bersama Argentina.

Edilson hanya menjadi watak sampingan di dalam kariernya bersama generasi emas Brazil dahulu. Beliau bermain 21 penampilan untuk Brazil dan hanya menjaringkan enam gol untuk negaranya.