Pemain Hoki Rusia Dapat AK47 Kerana Aksi Cemerlang

Leo Maestro 1 minggu yang lalu

Biasanya kita melihat pemain terbaik perlawanan, tidak kisah sukan apa, akan diberikan hadiah berupa trofi, dan cendera mata yang lain.

Namun, jika anda bermain di Rusia, dan anda menjadi pemain terbaik dalam perlawanan hoki anda berpeluang membawa pulang senjata, termasuk AK47.

Penjaga gawang Izhstal Izhevsk, Saveli Kononov telah melakukan 36 hadangan daripada 38 percubaaan pihak lawan dalam kemenangan 3-2 pasukannya ke atas Chelmet.

Ini telah membuatkan Kononov menerima sebuah senjata AK47 daripada pegawai perlawanan, dalam majlis yang ada prosedur tersendiri.

Hadiah itu diserahkan di bilik persalinan, selepas undian dibuat oleh rakan sepasukan Konovov.

Kononov bergambar bersama hadiah beliau dan kemudiannya memberikan ucapak terima kasih kepada rakan sepasukan di dalam bilik persalinan.

Pada akhir ucapan, Kononov, yang juga kapten pasukan, bergurau dengan rakan-rakannya: “Dengar, jika kita bermain teruk, mereka akan tembak kita.”

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada raifal itu merupakan yang sebenar ataupun hanya replika.

Ini buka pertama kali pemain hoki menerima anugerah berupa senjata. Sebelum ini di NHL pemain terbaik menerima kapak dan dan papan pemotong daging.

Shawn Thornton, pemain Florida Panthers pernah menerima satu set peralatan gunting rambut daripada penaja.

Mungkin Anugerah Pemain Terbaik yang menerima AK47 itu akan diberikan perhatian oleh badan sukan antarabangsa selepas ini.


SHARE ()