Kejayaan menjulang Piala Sumbagsih 2018 telah melengkapkan trofi ke-10 JDT dalam era TMJ, ataupun 7 kejuaraan utama dan 3 Piala Sumbangsih.
Jadi, secara keseluruhan, sejak era TMJ, JDT setakat ini ini sudah memiliki 1 Piala AFC, 4 Liga Super, 1 Piala FA, 1 Piala Malaysia serta 3 Piala Sumbangsih.
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 4, 2018
JDT membalas dendam ke atas pasukan Kedah yang menewaskan mereka dalam Piala Sumbangsih 2017. JDT ketinggalan 1 gol dan bangkit menjaringkan 2 gol di setiap separuh masa untuk memastikan mereka memenangi perlawanan tersebut.
Individu yang paling penting di sebalik kejayaan ini pastinya Tunku Ismai Idris ataupun Tunku Mahkota Johor (TMJ). Sebagai penghargaan tak terhingga, barisan pemain dan kejurulatihan JDT telah menghadiahkan baginda sebuah kereta mewah.
Ianya adalah kejutan kepada TMJ. Dalam laman sosial Johor Southern Tigers, mereka memuatnaik gambar kereta Aston Martin yang akan menjadi kereta baru TMJ. Post tersebut telah dikongsi lebih daripada 1,000 kongsian
Kereta yang kerkonsepkan warna biru merah itu pastinya signifikan dengan warna utama pasukan Johor Darul Ta’zim.
In conjunction with the success of winning the tenth trophy, Johor Darul Ta'zim players and coaching staff surprised HRH The Crown Prince of Johor with a custom Aston Martin with a JOHOR concept (red and blue). Allah Peliharakan Sultan. pic.twitter.com/CQS1kjTOif
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 4, 2018
TMJ dan ayahandanya Sultan Johor sememangnya peminat kereta mewah dan memiliki banyak koleksi di dalam garaj mereka.
TMJ memulakan penjenamaan semula pasukan JDT yang sebelum ini dikenali dengan Johor FC. Baginda telah melabur sangat banyak di dalam pasukan tersebut.
Baginda membawa masuk ramai bintang ternama dari dalam dan luar negara. Antaranya, Daniel Guiza, dan Pablo Aimar yang pernah bermain dalam pasukan utama Sepanyol dan Argentina ketika berada di kemuncak prestasi mereka.
JDT menjadi destinasi idaman ramai pemain di negara kita kerana pembangunan bola sepak yang dicetuskan oleh baginda. Ketika ini, mereka masih lagi juara bertahan Liga Super untuk 4 tahun berturut-turut.
Bulan lalu, mereka menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records. 4 rekod tersebut adalah:
• Menjadi pasukan pertama di Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC pada tahun 2015.
• Pasukan pertama dalam negara yang memenangi Kejuaraan Liga Super untuk empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.
• Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.
• Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super untuk musim 2016
Kini JDT pastinya mencipta satu lagi sejarah untuk menjadi pasukan Malaysia pertama yang beraksi di AFC Champions League.
Dengan tawaran slot ACL secara automatik pada 2019 untuk pasukan yang juara Liga Super Malaysia, ianya akan menjadi sasaran utama mereka kini.