Ozil akhirnya bersuara tentang masa hadapan beliau di Arsenal. Ini selepas terlalu banyak cerita tentang beliau di media pada ketika ini.
Ozil kerap memuat naik gambar dengan kapsyen yang menunjukkan beliau sudah bersungguh-sungguh berlatih setiap hari. Ramai penyokong simpati dengan Ozil dan menganggap layanan Unai Emery ke atas Ozil sebagai tak adil.
Ozil kerap dikritik dan dituduh sebagai kerap menghilang dalam perlawanan penting. Pada musim ini, Ozil hanya bermain 2 kali sahaja musi ini dan hanya 1 penampilan dalam EPL.
Lalu, ramai yang merasakan Ozil mungkin akan pergi pada Januari ini, sama ada dijual ataupun beliau minta dijual.
Ozil merupakan pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam Arsenal dengan £300,000 seminggu.
Musim ini Ozil telah kehilangan tempat dalam pasukan Arsenal kepada pemain yang datang secara pinjaman iaitu Dani Ceballos.
Namun Ozil memberitahu The Athletic , Ozil berkata: “Saya ada kontrak sehingga 2021 dan akan terus kekal dalam tempoh itu.”
“Apabila saya setuju tandatangani kontrak baharu dahulu, saya sudah menilai keputusan saya sebaiknya dan ia adalah keputusan paling besar dalam karier bola sepak saya.”
Ozil menegaskan beliau tidak merancang untuk pergi ke kelab lain dan sedia untuk kekal lebih lama di Arsenal.
“Saya enggan kekal 1 atau 2 tahun sahaja. Saya nak kekal di sini lebih lama.”
“Anda boleh berada dalam keadaan sukar seperti ini, namun ini bukan alasan saya nak melarikan diri dan pergi dari sini. Saya akan kekal di sini sekurang-kurangnya untuk sehingga 2021.”
Ozil menyatakan beliau akan tetap menghormati Unai Emery, berkaitan dengan pemilihan pemain oleh pengendali tersebut.
MESUT OZIL EXCLUSIVE – Arsenal star breaks his silence to @TheAthleticUK:
🚨Staying at #AFC until 2021
🚨Training hard to regain place
🚨Respects Emery, rejects critics
🚨Relives moped attack
🚨Talks Germany + Erdoganhttps://t.co/6O3ELti4juGet 40% off https://t.co/ktfzn2236t
— David Ornstein (@David_Ornstein) October 17, 2019
Unai Emery sebelum ini sudah memberikan bayangan bahawa beliau mungkin tidak akan membeli ataupun menjual pemain pada Januari akan datang.
Arsenal kini berada di tangga ketiga dalam EPL. Arsenal akan menyambung aksi EPL menentang Sheffield United.
Berita baik untuk Arsenal, Alexandre Lacazette kembali semula ke sesi latihan pasukan Arsenal.