Saingan Liga Perdana Inggeris akhirnya telah kembali pada hujung minggu lalu, menampilkan aksi-aksi menarik bintang-bintang bola sepak dunia.
Namun aksi terbaik penuh mendebarkan juga turut berlaku di luar Liga Inggeris – iaitu di Jupiler Pro League di Belgium!
Ya benar. Anda tidak salah. Jupiler Pro League adalah liga dimana pemain sensasi negara, Luqman Hakim Shamsuddin beraksi bersama KV Kortrijk.
17-year-old Aster Vranckx has responded after his nightmare miss went viral yesterday 🤦♂️
🗣 "I took it wrong, and then I missed it.
"It's a shame that I missed, but I'm just going to look to the next match and not let my head go crazy."
Chin up 💪 https://t.co/gHq5pN3y1e
— Goal (@goal) September 13, 2020
Tatkala KV Kortrijk merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Excel Mouscron pada hujung minggu lalu, tumpuan turut diberikan kepada perlawanan membabitkan KV Mechelen dan KV Oostende.
Ini kerana salah satu insiden dalam perlawanan tersebut membabitkan pemain tenghj Mechelen, Aster Vranckx menjadi tular di media sosial.
❌ | Wat een verschrikkelijke misser van Aster Vranckx! 😱#KVMKVO pic.twitter.com/pdAAmUN1Ez
— Eleven Sports (NL) (@ElevenSportsBEn) September 12, 2020
Sebelum itu beberapa kombinasi cara bertahan yang lemah diikuti oleh kesilapan penjaga gol lawan menyebabkan Vranckx berhadapan dengan gawang gol yang terbuka luas dengan bola di kaki.
Malangnya pemain berusia 17 tahun itu gagal memanfaatkan peluang terbuka apabila beliau terpijak bola ketika mahu menolak bola masuk ke gawang.
Lebih malang Mechelen kemudiannya tewas perlawanan tersebut dengan perbezaan satu gol.
Kegagalan Vranckx menjaringkan gol dalam perlawanan ini mungkin antara peluang keemasan terbaik yang pernah gagal dijaringkan di dalam bola sepak kompetitif pada tahap ini.
“Saya menyepaknya dengan salah dan saya terlepas peluang itu,” kata Vranckx mengulas mengenai kegagalan tersebut.
“Ia amat memalukan saya terlepas peluang sebegitu. Namun saya akan kembali ke perlawanan seterusnya dan akan memastikan diri saya tidak memikirkannya lagi.”