Pelumba Yamaha Valentino Rossi melabel Brad Binder ibarat ‘seekor binatang’ selepas pelumba dari Afrika Selatan itu memenangi MotoGP di Czech 2020 di Litar Brno.
Kejayaan Binder di Brno dianggap sebagai salah satu kejutan terbesar di MotoGP 2020, selepas pelumba yang dianggap ‘rookie’ itu baru sahaja memasuki MotoGP pada musim ini.
Bahkan pada dua perlumbaan sebelumnya, iaitu di MotoGP Sepanyol dan Adalusia, Binder yang merupakan naib juara Moto2 pada musim lalu gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 pelumba teratas.
Namun demikian Rossi sebenarnya tidak terkejut dengan kejayaan Binder di MotoGP Czech.
The Doctor menggelar Binder sebagai ‘binatang’ kerana pelumba itu sering kali tampil bertenaga sejak menyertai Moto3 sebelum ini.
“Dia ‘binatang’, di kelas di bawahnya dia memiliki perlumbaan yang luar biasa. Ia sangat kuat, gaya menunggang orang Australia, sedikit berlebihan.
“Dia mempunyai pengalaman mengemudi yang sangat moden untuk MotoGP pada masa ini,” kata Rossi selesai perlumbaan.
Rossi turut mengulas prestasi KTM di perlumbaan MotoGP Czech itu. Bagi Rossi KTM mampu menguasai podium MotoGP Czech sekiranya Pol Espargaro tidak mengalami insiden bersama Johann Zarco yang menamatkan saingan di podium ketiga.
“Satu lagi yang harus diperkatakan adalah, KTM menduduki tempat pertama dan kedua hari ini, kerana jika Pol Espargaro tidak bergeser Zarco, dia memiliki peluang yang baik,” kata Rossi.
Prestasi Binder dan Espargaro di MotoGP Czech kali ini membuatkan Rossi memilih KTM sebagai pilihan di perlumbaan berikutnya MotoGP Austria di Litar Red Bull Ring.
“Saya berpendapat mereka [KTM] juga akan tampil kuat di Austria dan mereka adalah pilihan. Kami berharap KTM akan mendapat banyak mata selepas ini.”
Bagi Binder pujian dari Rossi itu amat besar ertinya. Apatah lagi pelumba berusia 42 tahun itu adalah idolanya.
“Saya tidak ingat bila kali pertama saya menyaksikan MotoGP, kerana ketika itu saya sangat kecil lagi. Saya dan ayah selalu menantikan MotoGP dan menyaksikan di atas sofa pada hari Ahad di rumah.”
“Valentino Rossi adalah pemenang pada hari pertama saya mengenali MotoGP.”
WATCH | Brad Binder speaks candidly on joining MotoGP and racing alongside Valentino Rossi | @Wheels24 https://t.co/YtOfecUIlX pic.twitter.com/alnPdu7Ez3
— News24 (@News24) July 19, 2020
“Beliau [Rossi] adalah legenda dan pelumba yang saya sokong pada setiap Ahad. Ia adalah perasaan yang sangat gila untuk berkesempatan bersaing dengan beliau.”
“Duduk di sebelah beliau pada sidang media sebelum perlumbaan dan duduk semeja dengan beliau membuatkan saya rasa: ‘Adakah benda ni mimpi?’ Tetapi terrnyata ia adalah realiti.”
Rossi telah mendapatkan Binder dan mengucapkan syabas kepada pelumba muda itu untuk kemenangan sulungnya di kelas Premium
Kemenangan tersebut menjadikan Binder sebagai pelumba Afrika Selatan pertama memenangi MotoGP dan menjadi pelumba KTM pertama memenangi siri MotoGP kelas Premium.
Detik pertemuan kedua-duanya membuatkan ramai terharu dengan The Doctor. Walaupun Rossi seorang yang lantang dalam kritikan, tetapi untuk pelumba muda, Rossi sentiasa mempunyai sikap disenangi dan memberikan mereka dorongan.
Buktinya Rossi sendiri memuji prestasi KTM musim ini dengan dua pelumba berbakat besar.