Legenda bola sepak Brazil, Pele menerima hadiah berupa jersi skuad Harimau Malaya yang ditandatangani sendiri oleh ketua jurlatih, Tan Cheng Hoe baru-baru ini.
Pada bahagian jersi tersebut tertulis:
Kepada legenda Pele,
Selamat ulang tahun untuk 3 kali gelaran juara dunia,
dan selamat menyambut hari jadi ke-80.
Daripada: Pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe.
Jersi tersebut diberikan kepada legenda bola sepak Brazil itu sempena kempen #PeleJerseyExchange, iaitu pertukaran jersi yang dilakukan oleh pemain itu.
FROM 🇲🇾 TO 🇧🇷
Malaysian National Team Coach Tan Cheng Hoe honors @Pele sending him the ‘Harimau Malaya’ 🐅 traditional yellow jersey 🙌 #pelegacy #PeléJerseyExchange #Pelé #Malaysia @TeamMsia pic.twitter.com/BtRA2jUzY4
— Pelegacy (@pelegacy10) August 17, 2020
Selain daripada untuk meraikan ulangtahun bergelar juara dunia, pemberian jersi tersebut dianggap sebagai hadiah awal untuk Pele yang akan menyambut hari kelahiran pada 23 Oktober hadapan.
Tan Cheng Hoe bukan satu-satunya personaliti di dalam dunia bola sepak yang menghadiahkan jersi pasukan negara masing-masing kepada pemain legeda itu.
Happy 50th anniversary of your third World Cup trophy O Rei @Pele 👑
Very pleased to offer my signed jersey of Cameroon to Pele’s Foundation. You deserve it my dear friend. God bless Brazil 🇧🇷🇨🇲 #Pele #pelegacy #PeleJerseyExchange @pelegacy10 @FIFAMuseum pic.twitter.com/CjJn14Xbx0
— Roger Milla (@roger_milla_9) July 14, 2020
Antara personaliti bola sepak lain yang berbuat demikian ialah legenda bola sepak Cameroon, Roger Milla dan legenda Brazil, Dunga, bekas pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi, Kylian Mbappe dan ramai lagi.
Malah pemegang rekod duia 100 meter yang juga merupakan pemain terpantas di dunia tidak ketinggalan untuk menghadiahkan Pele dengan jersi olahraga beliau.
Happy birthday 50th
3x WorldCup Champion
King 👑🇧🇷 @pelegacy10This is for you! pic.twitter.com/5Cp12iTE91
— Kylian Mbappé (@KMbappe) June 21, 2020
Honored to be part of the Pelé Jersey Exchange for the #Pelegacy Initiative- dedicating one of my vests from the 2016 Olympic Games in Rio @pele @pelegacy pic.twitter.com/XWPKeR8G51
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) July 12, 2020
Pele dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat dunia pernah saksikan.
Mulai mewarnai saingan di pentas antarabangsa sebagai remaja berusia 17 tahun di Piala Dunia 1958, beliau dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan merupakan penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan 6 gol dari 4 perlawanan.
Bagaianapun kemunculan Pele di dua edisi Piala Dunia seterusnya dibayangi dengan kecederaan. Pele hanya tampil dalam satu perlawanan pada Piala Dunia 1962 ketika Brazil bergelar juara.
De um aestrela ⭐ para a outra⭐ …
//
From one star ⭐ to another⭐ …#Pelegacy #PeléJerseyExchange #Pelé #Cruyff #Football #futebol #FIFA pic.twitter.com/exJ3xYIARv— Pelegacy (@pelegacy10) August 6, 2020
Oada 1966 pula Pele dan Brazil gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.
Di peringkat kelab, Pele amat sinonim dengan Santos. Malah hampir keseluruhan karier bola sepak peringkat kelab untuk Pele ialah bersama Santos. Hanya pada penghujung kariernya, Pele berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyertai New York Cosmos.
🔙 #OnThisDay in 1958 @Pele became the youngest player to score a #WorldCup hat-trick as 🇧🇷 @CBF_Futebol beat 🇫🇷 @FrenchTeam 5-2 to reach the #WorldCup Final
🎩 Who has been the youngest player to score a hat-trick in the competition since? 🤔
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 24, 2020
Pele tampil di dalam 656 perlawanan dan menjaringkan 643 gol ketika bersama Santos. Antara kejuaraan yang dimenanginya di kelab Brazil itu ialah kejuaraan berganda Copa Libertadores dan Intercontinental Cup pada 1962 and 1963, 6 gelaran Brasileiro Seria A dan 10 kejuaraan Campeonato Paulista.
Pada usia 29 tahun, Pele kembali menebus kehampaan bersama Brazil untuk muncul juara Piala Dunia 1970. Beliau turut menyumbang beberapa bantuan gol untuk rakan sepasukannya.
Jaringan Carlos Alberto ketika menentang Itali di perlawanan akhir dianggap sebagai salah satu gol terbaik berpasukan – gerakan yang diinspirasikan oleh Pele.