Pele: Ronaldo Lagi Bagus Daripada Lionel Messi

Legenda bola sepak Brazil iaitu Pele telah memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang lebih baik daripada Lionel Messi.

Legenda yang dianggap pemain terbaik sepanjang zaman, Pele percaya bahawa penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo adalah lebih baik daripada bintang Barcelona, Lionel Messi.

Pele juga setuju bahawa kedua dua pemain tersebut merupakan pemain yang sukar ditandingi dalam era mereka.

Lihat sahaja kepada rekod gol dan juga piala yang mereka menangi di dalam karier. Kedua duanya terlalu unggul. Di mana Lionel Messi adalah pemenang 6 Ballon d’Or, manakala Cristiano Ronaldo pula pemenang 5 Ballon d’Or.

Pele menyatakan beliau ada alasan tersendiri untuk memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang lebih baik daripada bintang Argentina, Lionel Messi.

Pele merasakan Cristiano Ronaldo memenangi perdebatan siapa lebih bagus, kerana Ronaldo lebih konsisten berbanding dengan seterunya, Lionel Messi.

Bercakap kepada Daily Mail, bekas pemenang Piala Dunia itu berkata: “Sukar untuk menjawab soalan ini sebenarnya. Namun pada pandangan saya, pemain terbaik di dunia pada hari ini ialah Cristiano Ronaldo.”

“Saya rasa dia terbaik kerana lebih konsisten, namun kamu tak boleh lupa kepada Lionel Messi, dah tentu dia bukannya penyerang .”

Pele kemudian mengingatkan bahawa, masih ada beberapa nama lain lagi yang boleh dijulang sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, dalam sejarah bola sepak.

“Namun kita harus ingat kepada beberapa lagi pemain lain seperti Zico, Ronaldinho dan Ronaldo . Kalau di Eropah adanya nama-nama seperti Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff.”

Walaubagaimanapun, Pele tetap mengiktiraf dirinya sebagai pemain terbaik di atas kesemua pemain-pemain yang beliau sebutkan tadi.

“Namun jangan salahkan saya, kalau saya berkata, Pele adalah yang terbaik di antara semua.”

Kenyataan Pele itu pastinya mengundang perdebatan di antara peminat Ronaldo dan Lionel Messi.

Ronaldo dan Messi merupakan penyerang yang sangat prolifik. Mereka berada di peringkat tertinggi pada sekian lama, sehingga ke hari ini.

Ronaldo dan Messi merupakan ketua pasukan negara masing masing. Bukti mereka adalah pemain yang serba serbi lengkap, selain pemain yang hebat, juga seorang pemimpin yang hebat.

Mereka masih lagi menjadi pemain utama di kelab dan negara mereka wakili. Kedua dua pemain tersebut dikurniakan bakat yang luar biasa dengan ketajaman di hadapan gol yang sukar ditandingi.

Agak sukar untuk mencari persaingan dan perseteruan seperti mereka lagi selepas ini. Walaupun kedua-duanya sudang berusia lebih 30 tahun, namun tiada tanda tanda mereka sudah tidak dapat bersaing di peringkat tertinggi.

Ronaldo dan Lionel Messi turut pernah berseteru dalam el clasico sebelum ini, ketika Cristiano Ronaldo bermain untuk Real Madrid.

Adakah anda bersetuju dengan pilihan Pele, bahawa Cristiano Ronaldo lebih baik daripada Lionel Messi?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.