Pecutan yang mencirit laju seperti tahi bintang yang dilakukan oleh Erling Braut Haaland hanya dibezakan dengan 0.3 saat sahaja daripada rekod dunia.
Kepantasan Erling Braut Haaland ketika perlawanan Borussia Dortmund menentang Paris Saint-Germain dalam satu gerakan serangan balas pantas telah menjadi viral dan bualan ramai.
Erling Braut Haaland nama pemain bola sepak sensasi dunia ketika ini yang terus menjadi sebutan ekoran prestasinya yang sangat cemerlang.
Jika disebut nama Haaland, maka akan terpacul keluar pasukan Manchester United kerana dua nama ini sangat sinonim, namun tiada jodoh bersama.
10 – Players to score 10 goals in their first season in the European Cup/Champions League:
1958/59 – Just Fontaine (10)
1978/79 – Claudio Sulser (11)
2017/18 – Sadio Mané (10) & Roberto Firmino (10)
2019/20 – Erling Haaland (10).Introduction. pic.twitter.com/4g5DzExObp
— OptaJoe (@OptaJoe) February 18, 2020
Erling Braut Haaland meneruskan rekod cemerlang beliau dalam kariernya musim ini. Kali ini Haaland cemerlang menjaringkan dua gol ke atas PSG dalam kemenangan bergaya 2-1 Borussia Dortmund.
Aksi luar biasa Haaland itu ternyata menjadi sebutan namun lariannya yang laju tidak boleh bawa bincang lebih mendapat tumpuan.
Kelajuan Dengan Catatan Masa Taraf Dunia
Kepantasan sebenar Haaland ditunjukkan dalam perlawanan menentang Paris Saint-Germain. PSG berjaya mendapat sepakan penjuru namun berjaya dipatahkan pemain Borussia Dortmund.
Jadon Sancho yang memegang bola terus berlari ke atas untuk melakukan serangan balas pantas.
Apa menakjubkan dalam serangan ini adalah larian yang dilakukan oleh Haaland yang nyata terlalu pantas untuk memberi bantuan kepada Sancho.
The whole world is riding Haaland’s dick rn and can you blame us. LOOK AT THAT PACE. 100m in 6.64 seconds
— ᶠᵘᶜᵏ ⁱᵗ (@wallahbro_) February 19, 2020
Cantik larian pantas Haaland yang sudah membuka ruang secukupnya untuk menerima bola daripada Sancho.
Malangnya Sancho tidak membuat hantaran dan memilih untuk cuba melakukan rembatan tapi sayang tersasar.
The speed of Erling Braut Haaland here has been measured to be 6.64s for a 60m Sprint. The world record for 60m held by American Christian Coleman is 6.34s. Now, that's some pace for a top man at 19#BVBPSG #Haaland pic.twitter.com/B7VkKqltGX
— Reliable Reliance (@reliablerely) February 18, 2020
Menurut Sky Italia, Haaland telah melakukan pecutan dengan jarak 60 meter dalam masa 6.64s saat.
Rekod dunia untuk acara lari pecut 60 meter adalah mliki pelari AS, Christian Coleman dengan 6.34 saat.
Selain daripada kemampuan berlari selaju itu, anak muda Norway itu juga berjaya menyamai rekod legenda seperti Just Fontaine dan beberapa nama besar yang lain untuk mencetak 10 gol dan ke atas dalam penampilan pertama di UCL.