Pemain sayap Perancis, Dimitri Payer mungkin agak berlebihan apabila mengejek Paris Saint-Germain (PSG) dan Neymar selepas kemenangan 1-0 Marseille ke atas juara bertahan Ligue 1 itu.
Pemain berusia 33 tahun itu kali ini berkongsi gambar kumpulan rap Perancis dikenali sebagai Bande Organisee. Tetapi ahli kumpulan itu diedit di bahagian kepala, dan ditukar dengan watak daripada pemain Marseille dan jurulatih, Andres Villas Boas.
Turut berada di dalam imej tersebut ialah kepala Neymar seperti menangis yang diedit dan diletakkan di badan seekor anjing yang dipegang oleh Alvaro Gonzalez.
View this post on InstagramEn bande organisée C’est pas la capitale c’est Marseille bb
A post shared by Payet Dimitri (@payetdimitri27) on
Gonzalez telah dituduh menyerang Neymar secara perkauman pada babak akhir perlawanan yang menyaksikan bintang dari Brazil itu dilayangkan kad merah.
Bagaimanapun pemain pertahanan Marseille itu mempertahankan diri terhadap dakwaan Neymar di media sosial dan menuduh Neymar hanya membuat dakwaan liar kerana sakit hati kalah.
PSG dalam satu kenyataan memberikan sokongan kepada Neymar dan menuntut badan bola sepak di Perancis menyiasat dakwaan pemain tersebut.
Dimitri Payet isn't looking to make amends with PSG 😳
He's just posted this on Twitter and Instagram 👇 pic.twitter.com/I2C1zXf00n
— Goal (@goal) September 14, 2020
Marseille pula mempertahankan pemain mereka dan berkata Gonzalez bukan seorang yang rasis selain mendedahkan pemain itu telah mendapat ancaman bunuh selepas nombor telefon peribadinya disebarkan.
Tatkala pertikaian mengenai insiden tersebut masih berterusan, Payet membuatkan keadaan semakin panas apabila memuatnaik sebuah gambar yang menjadikan PSG bahan jenaka.
Ini bukan kali pertama Payet berbuat demikian apabila turut melakukan muat naik di media sosial apabila PSG tewas kepada Bayern Munich di medoa sosial.
Neymar further reflects on the alleged racial abuse from Marseille’s Alvaro Gonzalez. pic.twitter.com/GbZ579JaRW
— B/R Football (@brfootball) September 14, 2020
Selain daripada dakwaan Neymar menjadi mangsa serangan perkauman, luma pemain kesemuanya turut menerima kad merah dalam perlawanan tersebut.
Selain Neymar, dua lagi pemain PSG, Layvin Kurzawa dan Leandro Paredes serta Jordan Amavi dan Dario Benedetto turut menerima nasib yang sama.
Kemenangan Marseille menamatkan rentetan 20 perlawanan tanpa kemenangan menentang PSG apabila gol tunggal Florian Thauvian menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
Tatkala Villas-Boas dan Marseille merekodkan dua kemenangan dari dua perlawanan pertama Ligue 1 pada musim ini, PSG pula tewas kedua-dua perlawanan.