Pavel Nedved: Ronaldo Lagi Layak Daripada Van Dijk

Naib Presiden Juventus, Pavel Nedved tidak percaya apabila melihat Cristiano Ronaldo tewas di tangan Van Dijk dalam persaingan perebutan Pemain Terbaik UEFA.

Selepas tamat undian UCL semalam, Pavel Nedved berkata: “Sama ada Ronaldo kecewa atau tak, kamu tanyalah dia.”

“Saya jangkakan Cristiano Ronaldo yang akan menang anugerah yang dimenangi oleh Van Dijk tadi.”

“Beliau melakukan tugasannya dengan baik musim lalu. Datang ke Itali dan menjaringkan gol yang banyak.”

“Beliau menang Serie A dan Piala Super Italia. Beliau turut menang piala dengan pasukan kebangsaannya.”

“Saya rasa dia paling berhak menerima anugerah ini.”

Itulah komen pendek daripada Pavel Nedved. Antara individu yang mengusahakan pembelian Ronaldo ke Juventus pada musim lalu.

Walaubagaimanapun, Pavel Nedved menyatakan beliau menerima sahaja keputusan itu.

“Tapi tak mengapalah, kami terima sahaja keputusan ini seperti biasa.”

Ronaldo berada dalam 3 teratas untuk pencalonan akhir bagi anugerah Pemain Terbaik UEFA. Namun beliau tewas dalam persaingan untuk kategori Penyerang Terbaik UEFA, anugerah yang dimenangi oleh Lionel Messi.

Nedved memberikan komen beliau tentang undian UCL. Dan beliau menganggap Juventus ada tugas sukar pada kali ini.

Berkenaan dengan status terkini Maurizio Sarri, Nedved menjelaskan pengurus itu masih perlu berehat. Dan mereka akan menjangkakan paling awal pun Sarri kembali bertugas adalah untuk perlawanan menentang Fiorentina pada 15 September akan datang.

Sarri mengalami radang paru-paru yang memerlukan beliau berehat seketika.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.