Paul Pogba sekali lagi menjadi wira kebangkitan United untuk membawa mereka ke puncak saingan liga, selepas menjaringkan gol yang cukup padu ketika bertemu Fulham awal pagi tadi.
Beliau selayaknya dianugerahkan dengan hadiah Nobel selepas menjaringkan gol yang begitu cantik dan sungguh mengagumkan.
Fulham terlebih dahulu mengejutkan setan merah dengan gol awal jaringan dari Ademola Lookman seawal minit ke-5 perlawanan yang dilangsungkan di Craven Cottage itu.
Walau bagaimanapun, Manchester United berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-21 permainan, menerusi Edinson Cavani.
This might just be the best version of Paul Pogba we have ever seen in a United shirt.
He is on fire right now 🔥 pic.twitter.com/5jLj7Q7kuG
— SPORTbible (@sportbible) January 20, 2021
Kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan selepas aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Pogba yang menjaringkan gol kemenangan ketika setan merah menewaskan Burnley 1-0 minggu lalu, muncul sebagai wira selepas menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya dalam perlawanan ini.
Bintang Perancis yang kini berusia 27 tahun itu menerima bola di luar kotak penalti dan beliau berjaya mencari ruang yang tepat melepasi dua pemain Fulham sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Alphonse Areola.
Come for @ECavaniOfficial's opener 🎯
Stay for @PaulPogba's winner ☄#MUFC #FULMUN pic.twitter.com/oU3nf02arU— Manchester United (@ManUtd) January 21, 2021
I watch this video like 10 times😍😍😍🥺🥺. @paulpogba pic.twitter.com/GuZc0R3jPU
— Football Pundit😬 (@Jamezz196) January 20, 2021
West Ham
Burnley and tonight against Fulham.@paulpogba at his very best 🔥#FULMUN #GGMU pic.twitter.com/C6uF87u7l6— Subham NAndi 🔰 (@Nandi_Subham918) January 20, 2021
Fulham gagal untuk mencari gol penyamaan walau mereka mempunyai beberapa peluang keemasan pada aksi babak kedua permainan.
Manchester United berjaya mencuri tiga mata penuh di tempat lawan sambil mengekalkan rekod tidak pernah kalah mereka di luar Old Trafford dalam saingan liga sejak 2019 yang lalu.
Kemenangan ini membawa United kembali ke puncak saingan liga dengan dua mata mendahului Manchester City yang masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dalam temu bualnya selepas tamat perlawanan tersebut bersama BT Sport telah menjelaskan bahawa:
“Saya rasa kami bermula dengan agak perlahan, tapi selepas mereka menjaringkan gol rasa rasa kami bermain dengan baik. Kami perlu bangkit dan selepas dari itu kami bermain dengan sangat bagus.”
🗣"If you don't shoot, you don't know what's going to happen. It was a beautiful goal and a beautiful victory!"
Paul Pogba can't stop smiling after THAT goal and a solid performance. 😍
🎙@TheDesKelly pic.twitter.com/okfYHBB4Xh
— Football on BT Sport (@btsportfootball) January 20, 2021
“Kami tidak begitu amalkan perangkap offside, kami lebih kepada mengikut mereka berlari. Kami tidak sedar tapi mereka tunjukkan reaksi yang bagus.”
“Gol yang sungguh mengagumkan dari Paul Pogba dan kami juga ada beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tapi, sudah tentu, ketika hanya ada satu gol dan pemain lain sudah buntu, ia seolah meletakkan hati ke dalam mulut.”
“Dia (Pogba) bermain dengan sangat bagus. Dia sangat cergas, dia boleh bermain di posisi midfield dan dia boleh bermain di bahagian sayap. Itulah kelebihan Paul, dapatkan kecergasan untuk dia beraksi dan cergas berlari dan ini lah dia sekarang. Dia bermain dengan sangat-sangat bagus.”
Paul Pogba struck a sensational winner to send Man. United 🔝 of the table, Pogba's 6️⃣5️⃣th-minute strike turned a draw into a win at Craven Cottage, after Cavani had equalised for United.#FULMUN #ManUtd #Pogba #Cavani #Greenwood #WanBissakapic.twitter.com/55jpVQ2Lbf
— Dribble Theatre (@DribbleTheatre) January 21, 2021
United kini dua mata di hadapan Manchester City untuk berada di puncak saingan liga dan skuad kendalian Pep Guardiola itu masih ada baki satu perlawanan yang belum dimainkan.
Hujung minggu nanti, setan merah akan kembali beraksi bertemu Liverpool di Old Trafford dalam perlawanan pusingan keempat saingan Piala FA.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan kembali beraksi dalam saingan liga pada Rabu hadapan bertemu Sheffield United di Old Trafford.