Paul Pogba Dedah Destinasi Impiannya Selepas Tamat Karier Bersama United

Paul Pogba mendedahkan bahawa beliau tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Manchester United berkaitan kontrak barunya di Old Trafford.

Pogba juga menegaskan bahawa impiannya adalah untuk beraksi bersama Real Madrid, kelab kegemarannya sejak kecil.

Dalam satu sidang media menjelang kejohanan Nations League, pemain berusia 27 tahun itu pernah menyatakan bahawa:

“Semua pemain bola sepak mahu bermain untuk Real Madrid. Ianya juga adalah impian bagi saya sendiri, mengapa tidak satu hari nanti kan?”

“Saya di Manchester United dan saya sayangkan kelab saya. Saya bermain di Old Trafford, saya sedang gembira dan saya mahu melakukan apa saja di sini dan saya mahu meletakkan kelab di tempat yang selayaknya.”

“Saya akan memberikan segalanya sampai ke tahap maksimum, sama seperti semua rakan sepasukan saya yang lain.”

Pogba merupakan antara pemain yang diturunkan dalam kekalahan 6-1 Manchester United kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford baru-baru ini.

Ianya adalah keputusan yang sangat buruk dicatatkan oleh skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada awal musim ini.

Di belasah teruk dihalaman sendiri menjadi mimpi ngeri untuk kesemua barisan pemain Manchester United termasuk para penyokong mereka.

“Pada masa ini, saya masih lagi berada di Manchester dan saya mahu menumpukan perhatian untuk mendapatkan tahap prestasi terbaik saya.”

“Saya rasa akan ada masanya kelab akan datang dan berbicara dengan saya dan mungkin akan menawarkan sesuatu kepada saya dan mungkin juga tidak. Setakat ini, tidak ada apa-apa yang terjadi. Saya tidak dapat memberitahu anda sesuatu yang saya sendiri juga tidak tahu.”

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kini berada dalam tekanan untuk memenangi setidaknya satu Piala untuk setan merah musim ini.

Manchester United telah membelanjakan lebih dari £250 juta untuk mendapatkan pemain sejak Ole Gunnar Solskjaer dilantik menjadi pengurus tetap setan merah pada Mac 2019.

Nilai £250 juta itu juga turut melibatkan dengan perpindahan mega Harry Maguire, Bruno Fernandes dan Aaron Wan Bissaka.

Pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini, setan merah telah berjaya untuk menandatangani Donny Van De Beek, Edinson Cavani dan terbaru Alex Telles.

Dengan kehadiran barisan pemain baru ini, pucik pimpinan United pastinya mahu Ole Gunnar Solskjaer memberikan sesuatu kepada kelab.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.