Paul Merson Suruh Spurs Tumpu Benda Lain Sebab Dah Tersingkir Persaingan EPL

Tidakkah terlalu awal untuk menyatakan pasukan seperti Tottenham Hotspur sudah Tersingkir daripada persaingan EPL?

Itulah kenyataan daripada pundit Sky Sports, Paul Merson. Beliau berpendapat, Tottenham sudah tidak ada apa lagi nak diperjuangkan dalam aksi EPL.

Paul Merson yang merupakan peminat pasukan Arsenal berkata begitu sebelum perlawanan derbi North London pada hujung minggu ini.

“Saya langsung tidak menyangka Spurs akan tewas di tangan Newcastle. Mereka bermain dalam keadaan tak terurus.

Tottenham dikalahkan oleh Newcastle 0-1 di tempat sendiri. Pemain baru Newcastle, Joelinton menjadi penjaring gol kemenangan.

“Mereka sudah pun tersingkir daripada persidangan EPL kerana ketinggalan 5 mata di di belakang pendahulu Liverpool.”

“Orang selalu berkata, ‘awal lagi, masih ada 35 perlawanan’. Saya sudah bosan dengan retorik seperti itu.”

Paul Merson pula menegaskan Arsenal masih di landasan persaingan kejuaraan. Dan beliau tidak terlalu kecewa dengan kekalahan di tangan Liverpool.

“Jujur saya katakan, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk perlawanan Arsenal vs Liverpool tempoh hari. Namun ada beberapa perkara positif dalam perlawanan itu.”

“Saya kagum dengan Nicolas Pepe. Sebab kualiti itulah Arsenal membayar £72 juta untuk beliau.”

Arsenal akan melayan kunjungan jiran mereka Spurs, pada Ahad ini.

Buat masa ini Arsenal berada di tangga ke-3 dengan 6 mata. Manakala Spurs berada di tangga ke-7 dengan 5 mata.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.