Paul Merson Merasakan Luiz Sepatutnya Jadi Kapten Arsenal

Leo Maestro 3 minggu yang lalu

Semalam satu undian di antara para pemain Arsenal dilakukan untuk memilih kapten mereka pada musim ini.

Dan kemenangan berpihak kepada Granit Xhaka. Unai Emery gembira dengan Xhaka, dan menjelaskan bahawa Xhaka adalah lelaki budiman, pemain yang bagus dan juga sangat profesional.

Xhaka sudah menjadi pilihan utama Unai Emery sejak awal musim ini lagi. Namun pengesahan beliau sebagai kapten hanya dibuat semalam.

Unai Emery masih dalam proses untuk melantik timbalan kapten, sama ada Pierre-Emerick Aubameyang ataupun Alexandre Lacazette.

Namun begitu, legenda Arsenal, Paul Merson merasakan David Luiz adalah calon paling layak. Hal ini kerana, menurut Merson, David Luiz ada mentaliti kemenangan yang semulajadi.

Merson memberikan pandangan beliau sebelum kemenangan Xhaka diumumkan oleh Arsenal.

Kenyataan Merson ini pastinya mengundang persoalan, selepas David Luiz yang pernah bertengkar dengan Antonio Conte gara-gara kemalasan beliau untuk bertahan ketika dalam keadaan tertekan.

Insiden itu membuatkan David Luiz hilang tempat dalam pasukan utama ketika itu.

Luiz juga tidak diberikan jaminan oleh Lampard sebagai pemain automatik dalam kesebelasan utama. Lantas beliau meminta untuk berpindah ke Arsenal.

Merson bekata: “Perkara yang paling saya risaukan adalah pengurus ada 5 kapten tetapi tidak dapat memilih calon yang terbaik.”

“Unai Emery sudah bersama pasukan setahun setengah, dan beliau ada 5 kapten kerana tidak tahu mana satu yang terbaik untuk pasukan. Beliau buntu.”

Merson kemudian menegaskan, sesebuah pasukan yang baik, kaptennya haruslah pemain yang kerap bermain.

“David Luiz harus dipilih menjadi kapten Arsenal, kerana beliau pemenang trofi yang banyak. Orang akan mempersoalkan konsistensi prestasu beliau, namun saya rasa beliau akan bermain setiap minggu.”


SHARE ()