Destinasi pilihan Harry Kane telah didedahkan selepas laporan mengenai bintang Tottenham Hotspur itu untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini tersebar.
Kane yang ketika ini sudah berusia 27 tahun telah memberitahu pihak kelab bahawa beliau mahu meninggalkan Tottenham Hotspur pada musim panas nanti.
Ekoran dari itu, terdapat begitu banyak kelab-kelab ternama yang bersedia untuk menghantar bidaan bagi menandatangani penyerang terhebat dunia itu.
Harry Kane has told Tottenham that he wants to leave the club but stay in the Premier League. Three Clubs; Machester United, Manchester City and Chelsea, are potential destination. pic.twitter.com/GBAp2H6A19
— ZonkNews (@Zonknews20) May 18, 2021
Manchester United dan Chelsea sudah mula berunding dengan ejen kepada Kane, sementara Paris Saint Germain juga sedang berusaha untuk menandatangani pemain kebangsaan England itu.
Walau bagaimanapun, terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Manchester City merupakan pasukan yang sedang mendahului perlumbaan untuk mendapatkan Kane pada ketika ini.
Apa yang menariknya lagi, Manchester City juga sememangnya destinasi pilihan yang diinginkan oleh Kane sendiri.
Menurut laporan dari talkSPORT, Kane memilih untuk kekal dalam saingan premier league kerana beliau mahu sertai Manchester City.
#THFC not denying Harry Kane has asked to leave @talkSPORT sources understand #MCFC is his preferred destination. I'm also told he first spoke to Daniel Levy about his desire to move on LAST summer but was persuaded to stay to see if they could challenge for honours under Jose.
— Alex Crook ⚽️🎙 (@alex_crook) May 17, 2021
The Citizens sangat berminat untuk menandatangani Harry Kane kerana mereka ketika ini dalam usaha untuk mencari pengganti kepada Sergio Aguero yang akan meninggalkan kelab pada musim panas nanti.
Skuad kendalian Pep Guardiola turut dikaitkan dengan bintang terhangat dalam jendela perpindahan musim panas ini, Erling Haaland.
Pemain handalan Borussia Dortmund itu telah dikaitkan dengan pelbagai kelab menjelang jendela perpindahan musim panas ini nanti, dengan Man City merupakan salah sebuah pasukan yang sedang mengintai peluang untuk menandatanganinya.
Ketika ditanya tentang perancangan untuk menandatangani penyerang baru, Guardiola memilih untuk memberikan jawapan selamat dengan menyatakan Ferran Torres akan memainkan peranan menggantikan Aguero.
“Saya tak tahu apa akan berlaku. Mungkin kita akan beli pemain penyerang, mungkin tidak.”
UPDATE 📢
Harry Kane has made it known to @SpursOfficial that he wants to leave the football club at the end of the season. Meanwhile Manchester United, Manchester city and Chelsea have shown interest in the striker and closely monitoring the situation. More news to come. 🦜 pic.twitter.com/5SHNlLN6OI— Parrot's Transfer Gossips (@s_tranfer) May 17, 2021
“Kita ada pemain, dia (Ferran Torres) masih muda. Penandatanganan yang bagus. Saya boleh guna dia di sebelah kiri, kanan dan penyerang.”
Pengurus dari Sepanyol itu kemudiannya menambah lagi:
“Satu musim itu sebenarnya cukup panjang, kita tak boleh bermain dengan hanya ada 11 pemain, penyerang terbaik yang kita beli pun, belum tentu boleh bermain setiap minit.”
“Kamu perlu ada setidaknya 15,16,17 pemain bintang yang kamu mahu, lepas tu pemain akademi, kita ada dua ke tiga pemain yang bagus dan saya yakin musim depan dia akan bantu kami.”
Laporan paling hangat yang dilaporkan di media UK ketika ini adalah mengaitkan Kane dengan tiga pasukan dari Premier League dan kesemua tiga pasukan tersebut merupakan destinasi sebenar bintang England itu pada musim panas nanti.
Harry Kane reportedly tells Tottenham he wants to leave club this summer with Manchester United, Manchester City and Chelsea to battle to sign him https://t.co/gFdeXcIKHo pic.twitter.com/WUcZJopgg5
— Linda Ikeji (@lindaikeji) May 17, 2021
Manchester United, Manchester City dan Chelsea merupakan tiga pasukan yang paling hangat dikaitkan dengan Kane pada ketika ini dan sudah pun memulakan rundingan untuk mendapatkan penjaring utama Spurs itu.
Ke mana hala tuju Kane selepas ini? Bincangkan di ruangan komen tentang pasukan yang mungkin bakal mendapatkan penyerang terhebat dunia itu.