Manchester United gagal mencatatkan sebarang percubaan ke arah gol Manchester City pada separuh masa kedua. Ianya dianggap sebagai statistik sangat teruk.
Manchester United dianggap pasukan paling hebat di dunia berdasarkan jumlah pengikut mereka. Dianggap kelab paling berpengaruh.
Ronaldo sahaja sudah mampu menelan populariti kesemua pasukan EPL yang lain. Malah, abang Do mandi pakai spender pun menarik jutaan tontonan.
Pada November tahun lalu, legenda Manchester United dan pengurus kesayangan 19 pasukan lain di EPL, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa: “Kami akan sentiasa berfikir bahawa kami pasukan nombor 1 di Manchester dan kemungkinan di dunia.”
🗣"We're always going to think we're the number one club in Manchester and also probably in the world."
Ole Gunnar Solskjaer says no amount of success will see Manchester United toppled as number one pic.twitter.com/mW15GWStju
— Football Daily (@footballdaily) November 6, 2021
Dalam aksi berdepan City, Manchester United jelas merindui Cristiano Ronaldo. Ini selepas mereka mencatatkan statistik buruk di serangan. United tanpa sebarang percubaan pada separuh masa kedua.
Kalau tak ada shots bermakna tiadalah on target, kecuali kau tu kelab PJ City:
Ini bukan kali pertama Manchester United teraib dengan statistik seperti ini. Di mana statistik yang sama mereka catatkan pada 2017 ketika Man United terikat tanpa jaringan dengan Liverpool.
Pada separuh masa kedua juga, Manchester United hanya ada 21% penguasaan bola. Macamana nak main gegenpressing dengan 22% bola?
📊 The last time before today that Man Utd failed to have a shot in the 2nd half of a PL game was the 0-0 draw at Liverpool in October 2017 pic.twitter.com/1v4OiJ1lun
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) March 6, 2022
Statistik itu benar benar sukar diterima. Kerana Manchester United bukannya calang calang pasukan. Mereka juara Inggeris 20 kali dan bersepah mahkota kejuaraan yang lain.
Mereka juga ada pemain seperti Bruno Fernandes yang sangat kreatif dan tajam di hadapan gol.
Even Burnley can do better
— Dolski (@mashdolski) March 7, 2022
Manchester United melakukan 5 percubaan pada separuh masa pertama dengan 2 percubaan tepat.
Selain daripada statistik bangang melibatkan tiada shot seperti di atas, Setan Merah juga terlibat dalam rekod penguasaan bola paling teruk dalam derbi kali ini. Di mana ada dalam satu fasa 15 minit, Manchester United hanya ada 8% penguasaan bola. Lebih kepada sentuhan daripada penjaga gol mereka yang melakukan goal kick.
Possession in the last 15 minutes:
Man City 92% – 8% Man United pic.twitter.com/kYh772t0o4
— BRGoals (@BRGoals) March 6, 2022
Manchester City sangat dominan terutama sekali selepas Jadon Sancho meraikan gol berdepan dengan kelab lamanya.
Sancho memberikan isyarat: “Senang je” kepada peminat selepas menjaringkan gol yang sangat lawa itu. Namun siapa sangka selepas itu mereka hanyalah menyaksikan pertunjukan Manchester City sesama Manchester City di atas padang.
Jadon Sancho after scoring against Manchester City 🤷♂️ pic.twitter.com/TCFDIojB9G
— B/R Football (@brfootball) March 6, 2022
Selepas Sancho menyamakan kedudukan dan meraikan gol berdepan City, pasukan Pep Guardiola lebih dominan dan agresif. Mereka menambah 3 lagi gol dalam perlawanan ini untuk memenangi perlawanan dengan 4-1.
Laporan Perlawanan: Manchester City 4 Manchester United 1 je
Manchester City berjaya mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak liga. Ini selepas mereka menang bergaya ke atas Manchester United.
Harus diakui bahawa sejak pengambilalihan Abu Dhabi di City, kuasa telah bertukar kepada mereka di bandar Manchester. Manchester United sudah lama berada di bawah City dalam carta akhir liga.
City turut mencipta satu lagi kemenangan back to back dalam semusim ke atas United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Manchester City memulakan aktiviti memalukan Manchester United dengan gol seawal minit ke-5. Kemudian Jadon Sancho membalasnya pada minit ke-22 dan meraikannya dengan lagak tersendiri.
De Bruyne menambah satu lagi gol untuk memastikan Manchester City masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 2-1.
Pada separuh masa kedua, keadaan menjadi lebih teruk. Gary Neville menganggap 25 minit terakhir separuh masa kedua sebagai sakit untuk dilihat. Roy Keane malu dengan pemain pemain Manchester United yang sudah berputus asa dan menyerah kalah.
Keane bengan dengan pemain seperti Fred dan Wan Bissaka yang malas berlari.
Man United bermain lebih hambar dan sekali lagi De Gea menjadi penyelamat mereka daripada aib lebih teruk.
City menambah gol ketiga minit ke-68 selepas Riyad Mahrez dibiarkan kosong dan dia melakukan half volley cantik.
Mahrez menambah 1 lagi gol peribadi pada minit ke-90. Ianya memerlukan VAR mengesahkan sama ada gol itu sah atau tak. Dan ya! Ianya sah.
Kekalan ini membuatkan Manchester United semakin sukar ke UCL musim depan. Jika itu berlaku United masih ada harapan mara ke UCL dengan menjadi juara UCL musim ini.
Satu satunya piala yang masih mampu digapai mereka. Malah Bruno Fernandes sebelum ini menyatakan bahawa dia yakin UCL akan menjadi milik Manchester United pada musim ini.