Penyokong bola sepak Malaysia ternyata terkejut dengan kenyataan penutup oleh Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. TMJ menutup forum yang bertajuk, The Man Responsible For Everything dengan ayat:
“Pasukan negara anda semua, not my negara! I’m From Johor You Know!”
4 panelis yang lain hanya mampu terdiam mendengar kenyataan baginda. TMJ memang terkenal dengan sikapnya yang lantang meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Pasukan negara anda semua. Not my negara. I'm from Johor you know." pic.twitter.com/ovgVDZ4F1d
— 🇲🇾 XIريماو (@RimauXI) October 11, 2017
Tidak pasti mengapa baginda berkata sedemikian? Sebelum itu, TMJ memberitahu, jawatan Presiden FAM hanyalah kerja sambilan baginda dan tugas utama baginda adalah di JDT, kelab yang beliau sudah laburkan jutaan ringgit.
TMJ berjanji akan cuba yang terbaik untuk membantu FAM. TMJ juga memberitahu beberapa masalah yang berlaku di dalam bola sepak Malaysia. Baginda menekankan 3 pekara yang penting di dalam bola sepak:
i. aspek fizikal
ii. aspek mental
iii. kewangan
Berkenaan dengan prestasi semasa skuad Harimau Malaya, TMJ jelas menganggap generasi pemain yang ada pada hari ini sudah ‘habis’, dan ada beberapa pemain tidak layak bermain untuk Harimau Malaya.
Jadi, baginda menekankan usaha untuk fokus kepada pembangunan generasi baru dengan struktur yang lebih baik. TMJ juga minta penyokong realistik dalam meletakkan sasaran kepada Harimau Malaya.
Baginda memberitahu, untuk menhasilkan sebuah pasukan kebangsaan yang benar-benar mantap, ia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun.
Namun baginda tidak menolak kemungkinan pasukan yang sedia ada akan mampu melakarkan kejutan dan memberikan keputusan positif.
Selain itu, bagidan juga mahu bertemu dengan budak topi merah yang menjadi capo Ultras Malaya ketika di Hong Kong.