Paris dan Los Angeles telah memenangi hak penganjuran Olimpik masing-masing untuk 2024 dan 2026. Ia diumumkan dalam satu majlis semalam oleh Kesatuan Olimpik Antarabangsa (OIC).
Keduad-dua bandar tersebut bersaing untuk menganjurkan Olimpik 2024. Namun akhirnya Los Angeles setuju untuk mengalah dan menganjurkan Olimpik 2028.
Sebelum ini Paris tewas dalam 2 bidaan untuk Olimpik 2008 dan 2012. Kejayaan mendapatkan hak pengajuran kali ini akan menjadi simbolik kepada ulangtahun ke-100 kota tersebut menganjurkan Olimpik 1924.
Sementara itu, Los Angeles sebelum ini sudah menganjurkan 2 edisi Olimpik pada 1932 dan 1984.
Kota Paris sudah bersiap sedia meraikan perkhabaran gembira ini dengan gegelang besar Olimpik sudah dipasang di hadapan menara Eiffel.
Paris bakal menyajikan beberapa acara yang akan berlatarkan menara Eiffel ini. Stade de France yang menjadi venue utama Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2016 akan menjadi venue utama untuk olahraga dan acara padang.

Los Angeles pula sudah menjanjikan penganjuran paling moden dalam sejarah olimpik. Mereka memiliki banyak venue moden dan tidak perlu terlalu memikirkan membina pusat sukan yang baru.
Mereka menyatakan:
“Apa yang kami ada, kami akan bangunkan.”
Pasukan MLS, LA Galaxy juga dalam proses menaiktaraf stadium mereka untuk memastikan ia mampu memuatkan lebih ramai penyokong. Ia juga dijangka akan menjadi sebahagian venue untuk bola sepak.