blank

Pandangan Roy Keane Berkait Isu Perbandingan Bruno Dan Cantona

blank

Roy Keane percaya Bruno Fernandes masih perlu buktikan bahawa beliau mampu untuk lakukan yang terbaik di pentas yang lebih besar, selepas kekalahan kepada Manchester City di peringkat separuh akhir Carabao Cup.

Bekas ketua pasukan Manchester United, yang tampil sebagai pundit di acara Sky Sports itu, telah memberi pandangan beliau berkait perbandingan Fernandes dengan bekas rakan sepasukannya, Eric Cantona selepas tamat perlawanan kemarin.

Ia merupakan malam yang mengecewakan untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas mengalami kekalahan separuh akhir keempat sepanjang kariernya di Old Trafford.

Gol hasil jaringan dari John Stones dan Fernandinho berjaya membawa Manchester City ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Tottenham Hotspur di Wembley nanti.

Bruno Fernandes yang telah mempamerkan aksi super mantap bersama United juga gagal untuk melepasi barisan pertahanan City.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Keane telah mempersoalkan persembahan Bruno ketika bertemu seterus sebandar mereka itu.

“Ia bukan mudah untuk memenangi Piala kejuaraan dalam dunia bola sepak.”

Jelas Keane kepada Sky Sports.

“Fernandes menerima banyak pujian dalam tempoh beberapa bulan terakhir ini dan orang juga turut membandingkan dia dengan Cantona. Tapi dia tak bermain dengan baik malam ini.”

“Pemain terhebat akan menyerlah dalam perlawanan besar. Dan itulah apa yang sering Cantona lakukan. Mereka menghampiri Piala kejuaraan. Itulah sedikit kekurangan dalam pasukan ini.”

“Mereka mungkin memerlukan seorang atau dua pemain lagi untuk dibawa ke dalam skuad. Tidak diragukan, dan mereka perlukan mentaliti dan keyakinan untuk memenangi perlawanan separuh akhir untuk mereka lebih mara.”

“Kamu kemudian dapatkan momentum dan mereka cuma tidak ada itu pada malam ini. Tapi pujian kepada Manchester City, United bertemu pasukan luar biasa pada malam ini yang turun dan persembahkan persembahan yang luar biasa.”

Keane masih percaya skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer harus memainkan peranan lebih banyak selepas kekalahan kepada skuad kendalian Pep Guardiola.

“Perlawanan seterusnya merupakan perlawanan paling penting. Bertemu Watford (FA Cup), pasukan dari Championship, tidak mustahil United akan rotate dan rehatkan beberapa pemain.”

“Kemudian bertemu Burnley yang pastinya tidak akan menjadi perlawanan yang mudah untuk mereka, tapi jangan terlepas pandang perlawanan melibatkan Liverpool. Jika United menang bertemu Burnley dan kemudian menang bertemu Liverpool, mereka akan dominasi carta liga dengan kelebihan enam mata.”

“Ia agak pelik ketika kamu fikir bagaimana United memulakan saingan musim ini, dan kedudukan mereka ketika ini, jadi United, Ole dan kesemua pemain harus terus positif dan pandang ke depan untuk perlawanan seterusnya.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.