Pakar Pilih Liverpool Sebagai ‘Favourite’ Juara Europa, Bukannya Man United, Dan Manchester City Akan Menang UCL

Liverpool musim ini dilihat sedang mendahului jauh dalam persaingan EPL.

Mereka kini 8 mata di atas Leicester dan 14 mata di atas Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris ataupun EPL.

Selain itu, Liverpool juga masih bersaing dalam 4 kejuaraan utama. Seterusnya mereka akan bertandang ke Qatar untuk perlawanan Piala Dunia Kelab 2019.

Namun dalam UCL mereka masih lagi belum menentukan kelayakan mereka ke pusingan kalah mati. Ianya masih menjadi kerisauan yang utama bagi Liverpool.

Liverpool merupakan juara bertahan UCL dan mereka akan turun menentang RB Salzburg dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Pakar analisis statistik iaitu FiveThirtyEight pula mengeluarkan kenyataan berani dengan menyatakan Liverpool adalah pilihan utama untuk menjulang UEL ketika ini.

UEL merupakan kejuaraan yang disertai oleh pasukan seperti Arsenal dan Manchester United. Dan ianya adalah kejohanan kelas kedua di dalam hierarki Eropah.

FiveThirtyEight merupakan laman web yang ditubuhkan oleh Nate Silver. Selain daripada meramalkan bola sepak, mereka turut meramalkan keputusan pilihanranya, projek, ekonomi dan banyak lagi.

Mereka antara sumber yang kerap menjadi rujukan ramai pihak.

FiveThirtyEight telah meletakkan Liverpool FC sebagai pasukan pilihan mara ke fina UEL dengan 14% dan peluang menjuarainya adalah 10%.

Ia lebih tinggi daripada Leverkusen (13% peluang ke final, 8% peluang juara), Sevilla, Red Bull Salzburg dan ​Manchester United masing-masing dengan  13% peluang ke final dan 7% peluang menjadi juara.

FiveThirtyEight merasakan Liverpool akan gagal untuk ke pusingan kalah mati UCL kali ini dan menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga.

Ini kerana tugassan tearakhir mereka adalah menentang pasukan RB Salzburg. Pasukan yang memberikan mereka masalah besar ketika di Anfield sebelum ini.

Salzburg bermain di tempat sendiri dan Napoli masih ada peluang untuk menentukan kemaraan mereka.AW

FiveThirtyEight turut menegaskan Manchester City adalah pilihan utama untuk memenangi UCL musim ini dengan 24% diikuti Bayern Munich.

Liverpool jika mara ke kalah mati pun hanya ada peluang sekitar 9%. Angka itu sangat jauh di belakang.

Jadi mungkin Liverpool boleh memberikan tumpuan kepada liga berbanding UCL, kalau menurut FiveThirtyEight .

Manchester City pastinya mahukan UCL. Piala berprestij yang mereka masih gagal dakap sejak menjadi kaya raya.

Pep Guardiola sendiri mengakui ianya merupakan piala yang mereka paling idamkan di Etihad ketika ini.

Guardiola sebelum ini sudah membayangkan cabaran mereka dalam EPL sudah berakhir. Dan fokus utama mereka pastinya kepada UCL.

Ia untuk melengkapkan sejarah kebangkitan pasukan Manchester City pada era moden. Malah Guardiola sudah mengiktiraf Manchester City pasukan lebih besar daripada Man United.

Jadi, hendaklah mereka ada kejohanan UCL di dalam kabinet piala mereka untuk memastikan diri mereka juga juara Eropah sama seperti Setan Merah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.