Pakar Perpindahan Dedah Sebab Sebenar De Gea Tidak Diberikan Lilitan Kapten Man Utd

Seorang pakar perpindahan pemain mendedahkan mengapa David de Gea tidak dipertimbangkan untuk peranan kapten Manchester United pada musim ini.

Sebaliknya, peranan tersebut telah diberikan kepada Harry Maguire yang berhijrah ke Old Trafford kurang dari semusim.

Untuk kebanyakkan tempoh musim ini, United diketuai oleh Ashley Young. Setiap kali bek sayap itu tidak beraksi, peranan tersebut biasanya diambil oleh De Gea.

Namun setelah Young berhijrah menyertai Inter Milan, Ole Gunnar Solksjaer memutuskan agar lilitan tersebut diberikan kepada Harry Maguire.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak, mengambil kira senioriti De Gea yang sudah bersama United sejak 2011 dan beraksi dalam lebih 400 perlawanan, manakala Maguire pula baharu sahaja tiba pada musim panas lalu.

Seorang pakar perpindahan pemain, Ian McGarry mendedahkan mengapa perkara itu berlaku.

“Kritikan beliau terhadap taktikal pasukan dan pengurus tidak disambut baik dan membuatkan beliau [De Gea] sebagai bukan calon terbaik untuk lilitan kapten yang kini diambil oleh Harry Maguire.”

Kanyataan daripada McGarry itu adalah selepas analisis yang dilakukannya seleas Manchester United tewas kepada Newcastle pada Oktober lalu. De Gea tidak berselindung semasa temubual selepas perlawanan.

“Kami tidak mencipta sebarang peluang,” kata De Gea kepada Sky Sports pada ketika itu.

“Kami bertahan baik. Tetapi pasukan ini perlu beraksi jauh lebib baik. Kami berhadapan dengan beberapa kecederaan utama, namun ia bukan alasan.

“Kami adalah Manchester United, kami haus bekerja lebih keras ketika latihan, dan berusaha untuk memenangi perlawanan.

“Semua perkara [harus diperbaiku]. Banyak perkara perlu diperbaiki.

“Saya tidak tahu apa lagi perlu dikatakan. Teruskan mencuba, melawan, dan perbaiki prestasi setiap hari. Ia adalah saat sukar.

“Ia adalah tempoh paling sukar sejak saya berada di sini. Saya tidak tahu mengapa, saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya hanya boleh minta maaf kepada penyokong.

“Kita hanya aan terus mencuba. Bagaimana, kami dibolosi dari sepakan sudut. Ia tidak boleh berlaku. Ia tidak boleh diterima.”

Masa depan De Gea di United telah menjadi topik perbualan sejak beberapa musim lalu. Namun penjaga gol dari Sepanyol itu menamatkan spekulasi dengan kontrak baharu sehingga 2023.

Namun McGarry berpendapat, De Gea tidak menampilkan aksi beliau yang sebenar sejak menandatangani kontrak baru itu.

“Terdapat tanggapan di dalam kelab, dan juga di kalangan kakitangan bahawa prestasi De Gea telah menurun sejak menandatangani kontrak baharu itu, dan ia menjejaskan tahap permainannya di atas padang,” tambag McGarry.

Cara De Gea berbicara juga dikatakan seperti pemain yang hilang keyakinan, termasuk hilang keyakinan dengan rakans sepasukan. Ia aspek penting sebagai seorang kapten, dan perkara itu telah menjadi salah satu sebab mengapa beliau tidak dipertimbangkan untuk peranan kapten pasukan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.