Juventus dilaporkan sedang memantau situasi kontrak pemain muda Manchester United iaitu Tahith Chong dan juga bintang Spurs, Christian Eriksen.
Scouts Juventus berada di Anfield ketika aksi Liverpool menentang Tottenham Hotspur. Mereka dengan terang-terangan memberitahu mereka bukan datang untuk memantau pemain Liverpool.
Ini kerana menurut mereka, setiap pemain Liverpool terlalu mahal. Daily Express kemudian mendedahkan rupa-rupanya mereka sedang mengintai Christian Eriksen.
Eriksen masih belum menandatangani sebarang kontrak baru di Spurs.
👀 From North London to Italy? 🇮🇹
Juventus is rumoured to be eyeing up Spurs' Son Heung-min and Christian Eriksen.
It's all in today's football gossip ➡ https://t.co/B1NpBoOBZe pic.twitter.com/121GTW6Nax
— BBC Sport (@BBCSport) October 30, 2019
Namun begitu, Christian Eriksen masih lagi menantikan tawaran daripada Real Madrid. Tetapi masalahnya, pada ketika ini Real Madrid masih belum menunjukkan sebarang usaha untuk membawa masuk Eriksen.
Ketika di England, mereka (scouts Juventus) juga dilaporkan sedang memantau pemain muda Manchester United iaitu Tahith Chong.
Chong tidak beraksi dalam aksi Piala Carabao menentang Chelsea. Di mana Man United menang 2-1 di Stamford Bridge.
Tahith Chong masih belum melanjutkan kontrak di Old Trafford. Dan beliau akan bebas bercakap dengan mana-mana kelab pada Januari ini.
Hal ini kerana kontrak semasa Tahith Chong kurang setahun lagi tinggal.
Menurut Daily Mail, Juventus mahu mengulangi kejayaan mereka mendapatkan Paul Pogba pada 2012. Di mana ketika itu Juventus mendapatkan Pogba dengan perpindahan percuma, cuma membayar beberapa jumlah pampasan sahaja.
Beberapa tahun kemudian Juventus menjual semula Paul Pogba ke Manchester United dengan nilai sekitar €100 juta.
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sangat berharap Tahith Chong akan kekal di Old Trafford dan bersetuju dengan kontrak baharu.
Tahith Chong is on Juventus’ wish list. Chong is out of contract at the end of the season and agreement over extending that deal has yet to be reached. [mail] #mufc #RS pic.twitter.com/wGVPBbGmK5
— Manchester United Updates (@mnuupdates) November 1, 2019
Tahith Chong melakukan debut untuk Manchester United pada musim lalu. Beliau antara pelatih terbaik dalam ‘batch’ beliau di akademi Manchester United.
Beliau memiliki kelicikan dan juga kreativiti yang sangat baik di atas padang. Ole Gunnar Solskjaer mahukan beliau menjadi sebahagian daripada projek masa depan United.
Juventus memang dikenali dengan kepakaran mereka mendapatkan pemain secara percuma. Awal musim ini mereka mendapatkan Aaron Ramsey dan juga Adrien Rabiot secara percuma.
Adakah Juventus akan berjaya di dalam misi mereka pada kali ini?
Namun ada juga mempertikaikan apa relevannya Juventus memburu pemain tengah sedangkan mereka sudah ramai pemain tengah yang berlambak. Sehingga pemain seperti Emre Can pun terpaksa tak didaftarkan dalam UCL.