Ramai peminat penggusti wanita sensasi, Paige, merindui kelibat beliau untuk kembali ke gelanggang WEE. Kali terakhir Paige beraksi di WWE adalah pada 27 Jun 2016.
Beliau mengalami kecederaan serius dan terus tidak kembali ke gelanggang untuk tempoh yang sangat lama. Ianya sudah lebih setahun Paige tidak beraksi di ring!
Dalam tempoh menjalani pemulihan, Paige menyepikan diri daripada umum setelah beliau dikaitkan dengan beberapa kontroversi. Paige tidak memberikan sebarang akses kepada media untuk mendekati beliau.
Lantas ramai yang mengaitkan Paige akan menjadi The Rock, meninggalkan WWE untuk ke bidang lain.
10 Ogos lalu, Chelsea Hernandez dari KENS 5 bertanya kepada Paige tentang kemungkinan beliau akan kembali ke gelanggang WWE. Jawapan yang menarik apabila Paige menjawab:
“Dalam beberapa bulan lagi, berdoalah (finger cross). Saya masih menunggu perlepasan daripada doktor WWE.”
Alright @RealPaigeWWE FANS @JaviPerezKENS5 also wanted to know when she's returning to TV… Here you go!!! pic.twitter.com/vL2N0pSFqW
— Chelsey Hernandez ABC13 (@ChelseyABC13) August 15, 2017
Dengan jawapan yang ringkas dari Paige itu, pastinya peminat beliau lega. Ini kerana ramai yang membuat spekulasi bahawa Paige sudah tidak ada hati untuk kembali ke WWE.