Satu tweet klasik daripada Manchester United telah dikongsikan di media sosial. Di mana ketika itu Manchester United mengucapkan tahniah kepada Manchester City di atas kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka. Dan memberikan amaran bahawa musim berikutnya adalah musim untuk mereka membawa pulang kembali trofi epl.
Tweet itu dimuatnaik oleh admin Manchester United pada 11 Mei 2014. Dan ianya kembali tular
Congratulations @MCFC on winning the @PremierLeague title. We’ll be aiming to get the trophy back next season. #mufc pic.twitter.com/WTdBqV3gSp
— Manchester United (@ManUtd) May 11, 2014
Keyakinan Manchester United membenarkan admin mereka membuat kenyataan itu benar benar harus dipuji. Kerana sejak daripada tweet itu, Manchester United masih belum pernah memenangi EPL lagi.
Pengurus silih berganti. Daripada David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer sehinggalah interim seperti Giggs, Carrick dan kini Rangnick.
Daripada kisah pengurus yang anaknya kena rembat dengan Zaha, sehinggalah pengurus yang menyerang pemain sendiri di hadapan media melabel pemainnya virus.
Kisah panjang Manchester United selepas era Sir Alex Ferguson sangat sukar untuk diterima peminat mereka.
Kini Manchester United hilang arah. Sehingga setiap tahun menganggap kekalahan kepada City adalah satu ritual supaya Liverpool tak juara. Kalau sengaja kalah tu takat 1-0 atau 2-1 tu kita fahamlah kang. Ini sampai 6-1, 4-1 dan sebagainya.
Para peminat mereka hanya ceria di awal musim melihat majlis pengumuman pemain. Ramai pemain star yang hadir. Termasuk pemain bek tengah termahal dunia Harry Maguire yang kini menjadi kapten pasukan.
Mereka juga pernah membayar lebih £550k seminggu untuk Alexis Sanchez yang tiba tiba bertukar menjadi kayu di hadapan gol ketika bersama mereka.
Siapa akan lupa detik pengenalan Alexis Sanchez dengan piano?
Mereka turut, menyambut kepulangan semula legenda Cristiano Ronaldo Siiuuuuu.
Agak ironi kerana pada 2014, tugu Ronaldo dibina.
Dan sekarang bahagian bebird tugu itu sudah lusuh kerana selalu diramas mesra oleh pengunjung. Itulah betapa lamanya mereka menunggu kejuaraan EPL itu pulang selepas tweet tersebut.
Sejak kali terakhir Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2012/13, di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, mereka melihat peralihan kuasa di bandar Manchester.
Di mana Manchester City telah menamatkan liga di atas United selama 8 musim berturut turut. Dengan purata mata City meninggalkan United pada akhir musim adalah 15 mata. Dan kini jurang mata pada musim ini setakat ini adalah 22 mata.
Sir Alex Ferguson pernah menyatakan: “Tidak sesekali dalam hayat saya,” ketika dia ditanya, adakah Manchester City akan menjadi juara Inggeris sekali lagi.
Namun ternyata, Man City sudah beberapa kali menjuarai EPL dalam hayat Ferguson selepas itu. Lebih lebih lagi selepas Fergie bersara, Manchester United menjadi pasukan yang berbeza.
Pasukan yang lebih kepada tempat berkumpulnya pemain bintang yang overpaid.
Jose Mourinho kekal menjadi pengurus terakhir yang memberikan piala kepada Man United dengan Piala Europa dan Piala Liga.
Since United’s last title win in the 2012/13 season, City have finished above United in each of the last 8 seasons. During this time United have finished on average 15 points behind City. The gap now is 22 points with both teams having played the same amount of games so far (28). pic.twitter.com/bvPX9iWW9z
— Rached (@ItsRached) March 6, 2022
Mourinho memberikan harapan kepada peminat United. Namun pada musim ketiga dia buat hal dan cita cita menjadi juara EPL sekali lagi dilupakan.
Sampai bila lagi Manchester United harus menunggu? Beberapa musim lalu, Gary Neville menyatakan bahawa Ole Gunner Solskjaer akan menjadi juara EPL bersama United sebagai pengurus lebih dahulu daripada Klopp. Pada musim Ole berhantu dengan prestasi akhir musim menewaskan PSG di UCL.
Gary Neville: "Manchester United will start to win again. That's going to happen. I can guarantee you as clear as day. They'll probably win the league before Liverpool.” 👀🤣 pic.twitter.com/8uVeQF0vE6
— SPORTbible (@sportbible) August 14, 2019
Malangnya. selepas kenyataan itu, Klopp pula memenangi UCL. Dan beberapa beberapa tahun selepas itu Ole Gunnar Solskjaer dipecat oleh Manchester United digantikan dengan bapa bola sepak Jerman iaitu Ralf Rangnick.
Kini Manchester United sedang memburu pengurus baharu yang terbaik untuk memulakan projek mereka pada musim hadapan.
Pengarah bola sepak kelab paling popular di dunia, Manchester United, iaitu John Murtough menyatakan bahawa kelab sedang dalam proses penilaian sangat menyeluruh dalam memilih pengurus baharu untuk menjadi pengurus tetap kelab tersebut.
Ketika ini, Manchester United dikendalikan oleh Ralf Rangnick secara interim selepas mereka memecat Ole Gunnar Solskjaer beberapa bulan yang lalu.
Menurut Murtough, mereka mahukan pengurus yang mampu membawa kelab kembali menjuarai piala piala domestik di England seperti Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Carabao. Kemudian United mahu memenangi semula Liga Juara Juara Eropah yang kali terakhir mereka menangi juga di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Pada ketika ini, piala terakhir yang United menangi adalah di bawah kendalian Jose Mourinho, ketika mereka menjuarai Liga Europa pada 2017 dan Piala Liga.
Oleh itu, Manchester United kali ini akan lebih teliti dalam pemilihan pengurus. Antara nama yang dikaitkan dengan mereka ialah pengurus PSG, Mauricio Pochettino dan juga pengurus Ajax iaitu Erik Ten Hag.
Beberapa bulan lalu, Manchester United menyatakan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan akan memberikan Rangnick peluang untuk menjadi pengurus tetap jika pengurus interim itu memuaskan hati mereka.
Buat masa ini, United dikatakan berpuas hati dengan prestasi Rangnick. Tetapi Rangnick akan menjadi penasihat pembangunan kelab apabila dia melepaskan jawatan interim itu kelak.
Murtough berkata: “Kami menjalankan proses yang sangat menyeluruh dalam perlantikan pengurus tetap yang baru yang akan mengendalikan kelab ini bermula musim panas musim hadapan.”
“Dengan objektif pengurus itu akan membimbing kita menjadi pencabar piala piala domestik dan juga kejuaraan Eropah.”
Adakah Man United akan mulai menjuarai EPL semula? Dan bukannya menjadikan acara ucap tahniah kepada City dan kelab lain selaku juara EPL sebagai acara tahunan?
Congratulations to Manchester City on their Premier League title win.
— Manchester United (@ManUtd) April 15, 2018
Terus percaya! Kerana Manchester United adalah kelab istimewa. GGMU