Pac-Man Mahukan Pertarungan Sebenar Dengan Mayweather, Bukannya ‘Exhibition’

Floyd Mayweather akhirnya bersetuju untuk menyahut cabaran Manny Pacquiao bagi perlawanan ulangan. Sebelum ini beberapa kali Pac-Man mencabar Mayweather untuk bertarung semula, namun tidak dilayan oleh Mayweather.

Pacquiao sangat benci dengan Mayweather selepas kemenangan kontroversi petinju itu ke atas beliau.

Di mana dalam pertarungan itu, Mayweather yang lebih banyak melarikan diri di dalam ring, namun bagaimana juri boleh memberikan kemenangan kepada Floyd Mayweather?

Floyd Mayweather dalam kenyataannya menyatakan beliau dan pasukannya sedang berusaha dan mempersiapkan diri untuk pertarungan exhibition (pertunjukan) dengan Manny Pacquiao.

Mayweather mengumumkan pertarungan itu diadakan di Tokyo:

Money May, Money May, Money May — Money May all day, Betrk.com, itu adalah pasukan saya di Jepun. TMT Tokyo, dan sudah tentunya, saya Floyd ‘Money’ Mayweather.”

“Apa yang saya sedang usahakan ketika ini adalah pertarungan pertunjukan Mayweather-Pacquiao, di sini, di Tokyo Jepun, teruskan bersama kami.”

https://www.instagram.com/p/B2YtZDBFCXl/?utm_source=ig_embed

Manny Pacquiao tidak gembira dengan cabaran oleh Mayweather itu yang hanya mahukan perlawanan pertunjukan.

Ia seolah-olah Mayweather mahu menjaga rekod 50-0-0 beliau di arena tinju. Mayweather yang sudah bersara dari tinju profesional.

Mayweather pernah keluar daripada persaraannya, hanya untuk bertemu dengan Conor McGregor. Dan selepas itu bersara sekali lagi.

Jadi, kenapa tidak beliau keluar daripada persaraannya untuk berhadapan dengan Manny Pacquiao?

Mayweahter udah beberapa kali mengadakan perlawanan pertunjukan yang memberikan pulangan sangat lumayan.

Beberapa minggu lalu, beliau berhadapan dengan seorang petinju Jepun yang tidak dikenali, Mayweather menang dalam masa 139 saat.

Kemenangan itu memberikan beliau pulangan wang yang sangat besar iaitu sekitar $9  juta. Ramai yang merasakan pertarungan itu sudah dirancang (scripted/staged) dan bukannya nyata.

Beberapa jam selepas video yang dimuat naik oleh Mayweather di Instagram, Pacquiao membalas: “Kenapa hanya perlawanan pertunjukan? Ayuh kita adakan pertarungan sebenar.”

Salah seorang rakan Pacquiao iaitu, David Sisson menegaskan, Mayweather sekali lagi menggunakan nama Pac-Man hanya untuk kepentingan dirinya. Bagi mempromosikan acara pertunjukan beliau, dengan menarik perhatian media antarabangsa.

Sebelum ini Mayweather pernah mengiktiraf dirinya sebagai pentinju paling agung dalam sejarah. Kenyataan yang mengundang amarah oleh Mike Tyson.

Tyson tidak setuju, kerana menurut Tyson, Mayweather tidak akan sesekali pernah menjadi lebih hebat daripada Muhammad Ali.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.