Ozil Maki Penyokong Arsenal Selepas Diaibkan Brighton?

Arsenal tewas di tangan Brighton dalam aksi di tempat sendiri. Paling menyedihkan, Arsenal terus gagal memperbaiki prestasi mereka selepas pemecatan Unai Emery.

Arsenal kini sudah 9 perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Dan awal pagi tadi, mereka tewas di tangan pasukan yang memiliki rekod tempat lawan yang sangat buruk.

Brighton tewas kesemua 4 perlawanan terakhir mereka dalam kunjungan mereka ke tempat lawan. Tetapi di Emirates pasukan tersebut menang bergaya 2-1 ke atas Arsenal.

Brighton mendahului menerusi Adam Webster pada minit ke-36. Ianya berpunca daripada suasana tidak terurus Arsenal di dalam kotak penalti.

Namun Arsenal menyamakan kedudukan menerusi bintang handalan mereka Alexandre Lacazette pada minit ke-50.

Arsenal kemudian beraksi hambar dan pasukan lawan lebih banyak menyerang serta mencipta peluang gol.

Malam suram Arsenal diburukkan dengan gol oleh Neal Maupay pada minit ke-80. Pemain tersebut tenang menyudahkan hantaran oleh Aaron Mooy.

Kebocoran benteng pertahanan Arsenal berterusan. Dan mereka menjadi pasukan yang sangat rapuh ketika bertahan.

Arsenal tak berdaya untuk membalas gol tersebut. Penyokong Arsenal mulai bengang.

Tamat perlawanan Arsenal tewas 1-2. Namun ada insiden yang menarik perhatian ramai. Di mana Ozil dilihat marah-marah dan memarahi seseorang.

Ramai penyokong Arsenal di media sosial menganggap kemarahan Ozil itu ditujukan kepada penyokong.

Dan tidak kurang juga yang kecewa kerana tindakan Ozil dan beberapa pemain yang terus berlalu tanpa berada di atas padang memberikan terima kasih kepada penyokong.

Dilihat hanya seorang dua pemain termasu Xhaka sahaja yang kekal di padang ketika tamat perlawanan.

Ozil yang kemarahan ketika itu ditenangkan oleh Mateo Guendouzi. Ada penyokong Asenal yang menyuruh Ozil berambus.

Namun begitu, laporan oleh Mirror Football pula menyatakan Mesut Ozil sedang bengang dengan menyebut nama Per Mertesacker.

Ini kerana, Ozil dilaporkan menjerit nama ‘Sacker, Sacker, Sacker,’ iaitu nama panggilan kepada Per Mertesacker.

Metro pula melaporkan Ozil sedang marah kepada Lacazette. Jadi, sama-sama kita nantikan siapa sebenarnya yang dimarah Ozil. Adakah Unai Emery?

Pengulas perlawanan menyatakan tindakan Ozil itu jelas sekali menunjukkan Arsenal dalam krisis dan sedang dalam kekecewaan di dalam serta di luar padang.

Walaupun sesiapa sahaja yang dimarahi oleh Ozil, ianya telah memberikan kekecewaan kepada penyokong Arsenal dengan sikap pemain itu.

Beliau sepatutnya lebih profesional.

Arsenal kini menduduki tangga ke-10 dalam carta EPL. Sekaligus menjauhkan lagi jarak mereka daripada 4 teratas.

Mereka kini 13 mata daripada pasukan di tangga ke-4 iaitu Chelsea.

Ada beberapa penyokong mulai mendesak agar lembaga pengarah melantik segera pengurus tetap yang baharu untuk menyelamatkan kempen Arsenal.

Tetapi sebelum ini Josh Kroenke sudah meletakkan kepercayaan kepada Freddie Ljungberg untuk mengambil alih sekurang-kurangnya sehingga Januari akan datang.

Adakah Arsenal ataupun The Gunners ini akan mampu bangkit selepas ini? Sudah pasti mereka perlu melakukannya secepat mungkin.

Seterusnya, Freddie Ljungberg masih tak menang dalam 2 perlawanan pertama beliau dengan 1 seri dan 1 kalah.

Perlawanan seterusnya adalah derbi menentang West Ham pada Selasa akan datang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.