Mesut Ozil dilaporkan sudah tidak tahan dan tak sehaluan dengan Unai Emery. Ini selepas satu video tular, di mana dalam video tersebut, Mesut Ozil dan Unai Emery dilihat ada sedikit perbincangan ketika bersalaman.
Ada yang menyatakan Ozil kelihatan tidak berpuas hati dengan Unai Emery selepas apa yang berlaku kepada beliau.
Unai Emery tidak menggunakan Mesut Ozil sebagai pemain utama musim ini, dan tidak menjadikan Ozil lebih kerap pada musim lalu.
Musim ini Ozil kerap kehilangan tempat kepada pemain seperti Dani Ceballos.
Pada aksi menentang Sheffield United, Ozil terus dipinggirkan. Arsenal tewas 1-0 di dalam perlawanan itu.
Ramai peminat Arsenal tidak faham kenapa Unai Emery enggan memberikan Ozil peranan di dalam pasukan, sedangkan Ozil merupakan pemain paling kreatif di dalam pasukan mereka.
Emery and Ozil having a conversation. 😯pic.twitter.com/zX5yV89qge
— AfcVIP⁴⁹ (@VipArsenal) October 23, 2019
Ada yang mengaitkan video itu sama seperti insiden Paul Pogba dan Jose Mourinho sebelum ini.
Namun begitu, Ozil pantas memberikan respon kepada perkara itu. Ozil menyakan: “Kamu semua buat saya tergelak.”
You make me laugh… pic.twitter.com/DohUXm3oSH
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) October 23, 2019
Ozil seolah olah menyatakan gambaran oleh peminat Arsenal itu adalah tidak tepat.
Ozil sebelum ini menegaskan beliau akan terus berjuang bersama Arsenal. Ozil juga menafikan laporan menyatakan beliau mahu pindah pada Januari ini.
Sebaliknya Ozil menyatakan beliau akan terus kekal bersama-sama Arsenal sekurang-kurang 2 tahun lagi. Ini kerana kontrak semasa Ozil berakhir pada 2021.
Arsenal akan beraksi dalam UEL pada Jumaat ini. Mereka dalam misi untuk memperbaiki kedudukan di dalam liga.
Ini selepas Arsenal mempersia-siakan peluang untuk kembali berada di tempat ke-3, dengan kekalahan mengejut di tangan pasukan yang baru naik ke EPL, iaitu Sheffield United.