Ornstein Dedahkan Liverpool Punca Arsenal Gagal Dapatkan Griezmann

David Ornstein mendedahkan Liverpool telah menjadi punca kenapa Griezmann tidak ke Arsenal pada 2017.

Pada ketika itu, Griezmann sangat hampir ke Arsenal. Namun perkara itu tidak pernah dinyatakan oleh Wenger dalam mana-mana kenyataan melibatkan pemain bintang dunia yang hampir beliau tandatangani.

Antoine Griezmann mahu mencari angin baharu di tempat lain. Dan Arsenal datang dengan tawaran yang lumayan kepada beliau.

Seterusnya, hubungan baik Wenger dengan pemain-pemain dari Perancis juga antara faktor penting.

Namun malangnya, ketika itu Arsenal gagal layak ke UCL dan dipintas oleh Liverpool dengan dibezakan hanya 1 mata untuk perebutan slot terakhir ke UCL.

Selain itu Arsenal turut gagal mendapatkan Virgil Van Dijk dari Celtic. Ketika itu, pertahanan terbaik eropah 2019 itu memilih untuk ke Southampton, dan kemudiannya menyertai Liverpool.

Itu juga kali pertama Arsene Wenger gagal membawa Arsenal ke UCL dalam sejarah beliau. Liverpool berjaya mendapatkan slot UCL yang terakhir untuk kelab EPL ketika itu.

Ornstein berkata: “Saya difahamkan, jika Arsenal layak ke UCL pada 2017, mereka akan berjaya mendapatkan tandatangan Antoine Griezmann.”

“Namun malangnya, mereka gagal ke UCL pertama kali dalam masa dua puluh tahun. Itu yang mengakhiri impian mereka mahu mendapatkan Griezmann.”

Dalam beberapa perlawanan terakhir musim tersebut, Arsenal telah melakukan yang terbaik untuk mara ke UCL. Mereka memenangi kesemua 5 perlawanan liga yang terakhir dan juga menang 7 daripada 8 perlawanan terakhir.

Namun ia tidak cukup untuk memperbaiki keadaan selepas mereka tewas 2-0 di tangan Spurs pada Mac dan prestasi buruk sepanjang Januari.

Namun selepas itu Arsenal berjaya mendapatkan 2 penyerang elit dalam bola sepak iaitu Lacazette dan disusuli oleh Pierre Emerick-Aubameyang.

Musim ini Arsenal dalam usaha untuk kembali semula ke UCL selepas 3 musim gagal ke pertandingan perdana Eropah itu.

Arsenal bersaing dalam UEL musim ini. Musim lalu mereka mara ke final pertandingan tersebut. Namun tewas di tangan Chelsea. Jika tidak, Arsenal boleh menggunakan tiket juara UEL untuk ke UCL.

Sebagai rekod, Arsenal masih belum pernah menjuarai kejohanan UCL di dalam sejarah kelab mereka. Ianya adalah idaman semua peminat Arsenal untuk melengkapkan sejarah gemilang kelab mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.