Ong Kim Swee: Jangan Terburu-Buru Dengan Luqman Hakim

Pengedali skuad B-23 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyatakan beliau tidak ada perancangan yang tergesa-gesa untuk menyerap masuk terus Luqman Hakim Shamsuddin ke dalam pasukannya bagi skuad Sukan SEA bulan hadapan.

Nama Luqman Hakim menjadi sebutan peminat Malaysia selepas Malaysia hambar di barisan serangan. Dan ramai yang mencadangkan agar Tan Cheng Hoe memberikan peluang kepada Luqman untuk beraksi.

Seterusnya, Datuk Ong Kim Swee turut mendengar pandangan itu, agar Luqman Hakim dijadikan pemain skuad utama.

Pada bulan lalu, Luqman Hakim menandatangani kontrak profesional dengan K.V. Kortrijk yang beraksi di Liga Belgium.

Beliau akan bermain di sana pada musim hadapan. Sebelum itu, Luqman akan menjalani latihan bersama dengan Cardiff City di England.

Beberapa hari lalu pula, nama Luqman Hakim disenarai oleh The Guardian sebagai 60 teratas untuk bakat remaja pada 2019.

Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menyatakan beliau memang tertarik dengan aksi Luqman Hakim. Namun mahu mengambil pendekatan lebih bertenang untuk pemain itu.

Ong Kim Swee tidak memberikan jaminan kepada pemain itu untuk terus mendapat slot automatik di dalam pasukannya.

Namun Luqman Hakim diberikan peluang untuk saringan.

Datuk Ong berkata: “Pemilihan beliau untuk menjadi pemain skuad yang akan beraksi di Sukan SEA adalah bergantung kepada prestasi beliau di latihan dan perlawanan persahabatan.”

“Ini adalah perkara yang tidak semudah yang dikatakan. Kita harus memberikan beliau masa untuk bermain di bawah skuad B-23 dan juga skuad senior dengan cara yang betul.”

“Tergesa-gesa dalam menggunakan beliau, hanya akan memberikan kesan kepada perkembangan bakat beliau sebagai pemain bola sepak.”

Sukan SEA akan berlangsung pada hujung tahun November yang akan datang. Dan Datuk Ong Kim Swee mahu para pemain yang terpilih memberikan komitmen tertinggi serta tidak memandang rendah pasukan yang dianggap lemah.

Datuk Ong Kim Swee akan memanggil para pemain untuk latihan pusat pada 4 November ini. Seramai 25 pemain akan dipanggil bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

Ong Kim Swee akan memukmatadkan senari akhir para pemain selepas aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada 19 November, di mana Malaysia akan berhadapan dengan Indonesia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.