Olimpik: Stephen Curry Mahu Wakili AS, Anggap Mereka Masih Kuasa Dominan

Bintang NBA, Golden State Warriors, Steph Curry menyatakan pasukan Amerika Syarikat tidak akan menghadapi masalah untuk menggondol emas dalam acara bola keranjang di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Curry turut menyatakan beliau mahu bermain di Olimpik, mewakili Amerika Syarikat (AS).

Bercakap kepada ESPN, Curry berkata: “Kalau anda mahu tahu, itu (mewakili AS) ada dalam perancangan saya.”

“Buat masa ini, saya harap tidak ada kecederaan yang tak diingini mengganggu perancangan saya.”

Pasukan AS sangat kuat dalam acara bola keranjang Olimpik. Dan kekuatan itu ditambah lagi apabila jawatankuasa Olimpik membenarkan pemain NBA bermain.

Mereka memenangi 12 emas daripada 15 edisi Olimpik. Kali terakhir mereka terlepas emas Olimpik adalah pada 2004 di Athens. Selepas itu mereka bangkit dengan emas dalam semua 3 edisi selepas itu.

“Saya tidak pernah beraksi di Olimpik. Dan saya sudah bermain dalam 2 piala dunia dan menang emas. Oleh itu, saya mahu merasai pengalaman beraksi di pentas Olimpik.”

“Tahun depan saya berharap akan berada di sana (Tokyo).”

Stephen Curry berada dalam senarai untuk saringan peman NBA yang mahu mewakili Olimpik.

Buat masa ini lebih daripada 20 pemain NBA menyatakan keinginan mereka bermain dalam sukan Olimpik.

“Jangan risau, kita masih yang terbaik, dengan syarat kita menghantar pemain yang betul, yang berhak di sana, bermain mewakili AS di pentas Olimpik.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.