Olimpik Nazi 1936, Penuh Dengan Hipokrasi Dan Swastika!

Leo Maestro 1 minggu yang lalu

Pada tahun 1931, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memilih Jerman untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 1936 ke Berlin.

Ianya lebih kepada menandakan kepulangan Jerman kepada masyarakat dunia. Sebelum ini mereka dipulaukan masyarakat dunia selepas kekalahan dalam Perang Dunia I.

Dua tahun kemudian, pemimpin parti Nazi Adolf Hitler menjadi canselor Jerman. Hitler menukar sistem pemerintahan demokrasi Jerman yang dilabel Hitler sebagai lemah.

Dia telah mewujudkan sistem pemerintahan autokrasi dengan mengawal semua aspek seharian rakyat Jerman. Hitler dengan rejim Nazi telah mewujudkan sentimen rasis yang kuat terutama sekali kepada Yahudi dan Gipsi.

Pemilihan Jerman sebagai hos Olimpik 1936, adalah kesempatan yang terbaik untuk Hitler mempromosi fahaman Nazi.

Kempen Boikot Dan Hipokrasi Nazi

Sepanjang dua minggu pada bulan Ogos 1936, pemerintahan diktator Nazi Adolf Hitler telah berselindung di sebalik wajah perkauman dan kebencian mereka kepada masyarakat luar.

Hitler mahu menggunakan Sukan Olimpik untuk menunjukkan yang mereka adalah bangsa yang toleran.

Rejim Nazi ditanam dengan semangat obses kepada bangsa mereka sendiri. Puak Aryan disogokkan dengan cerita sastera dan ukiran kayu yang menggambarkan kekuatan bangsa Aryan dari segi fizikal.

Sebelum itu, beberapa negara cuba melancarkan kempen boikot besar-besaran kepada Sukan Olimpik ini. Inilah detika pertama kali adanya kempen boikot ke atas Sukan Olimpik.

Aktivis Anti-Nazi di Amerika Syarikat, Great Britan, Perancis, Sweden, Czechoslovakia dan Belanda antara yang lantang mengutuk dasar Nazi yang menganiaya dan kejam.

Namun boikot itu gagal! Hitler berjaya meyakinkan 49 negara untuk datang ke negaranya. Kini, secara langsungnya, rejim Nazi akan bertanggungjawab dalam melindungi atlet dan para pelancong yang berkunjung ke Jerman.

Ramai juga yang kurang yakin dengannya.

Dasar Aryan Dan Non-Aryan Di Jerman

Sebelum itu, pada April 1933, mereka melancarkan dasar “Aryan sahaja” dalam semua pertubuhan olahraga Jerman. Untuk puak n”Non-Aryans” ataupun individu yang ada darah Yahudi dan Gipsi, atlet tersebut secara sistematik dikecualikan daripada kemudahan dan tidak boleh meyertai persatuan sukan Jerman.

Persatuan Tinju Jerman menyingkirkan nama juara tinju heavyweight, Erich Seelig kerana dia adalah Yahudi. Seelig kemudian menyambung semula kerjayanya di Amerika Syarikat.

Seorang atlet berbangsa Yahudi, Daniel Prenn adalah pemain utama Jerman dalam Piala Davis, juga disingkirkan dariapda kontinjen mereka.

Gretel Bergmann, pelompat tinggi bertaraf dunia, telah diusir dari kelab olhargaa profesional di Jerman pada tahun 1933 dan tidak dipilih mewakil Jerman pada Sukan Olimpik 1936.

Ramai atlet Jerman-Yahudi telah menubuhkan persatuan mereka sendiri. Namun ianya tidak secanggih yang dimiliki oleh atlet Jerman yang lain. Tekanan kiri kanan datang kepada mereka.

Persiapan

Hitler mengarahkan semua papan tanda dan poster anti Yahudi dan Gipsi diturunkan. Akhbar-akhbar di Jerman menulis laporan dan berita dalam retorik yang lebih lembut.

Ianya benar-benar hipokrasi yang dilakukan oleh mereka sepanjang temasya Olimpik. Namun begitu, mereka tetap mengambil kesempatan dengan setiap penjuru gelanggang dipacak dengan bendera swastika.

Nazi melakukan persiapan yang sangat rapi. kota Berlin dihias dengan meriah dan masyarakat mereka sudah sedia menyambut kedatangan atlet dan pengunjung.

Namun di sebaliknya, seramai 800 orang Gipsi (Rom) telah ditempatkan di penempatan khas di Marzahn, Berlin.

Nazi juga melonggarkan beberapa undang-udang seperti hukuman mati kepada puak homoseksual.

Olimpik 1936

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pada 1 Ogos 1936, Hitler hadir untuk merasmikan Sukan Olmpik XI. Komposer Richard Strauss yang mengetuai pemuzik, mengumumkan dengan nyaring nama Adolf Hitler.

Ianya disambut dengan gegak gempita oleh penonton yang hadir yang semenangnya majoritinya orang Jerman.

Foto – Ditlieb

Kontinjen masuk ke dalam perarakan dengan susunan mengikut abjad. Ritual terbaru Sukan Olimpik dipersembahkan iaitu upacara membakar obor yang dibawa daripada negara asal Sukan Olimpik, Greece.

49 pasukan hadir termasuk USA. USA menghantar kontinjen kedua terbesar dengan 312 atlet. 18 daripadanya ialah berbangsa Amerika-Afrika. Negara Soviet juga datang bertanding.

Pada acara pembukaan tentera Nazi berada di dalam stadium untuk menyaksikan acara menyalakan obor. Upacara pembukaan dilakukan dengan meriah dan penuh dengan bendera Nazi.

Foto – Thinglink

Hanya seorang atlet Yahudi yang mewakili Jerman ketika itu iaitu Helene Meyer dalam acara lawan pedang. Meyer dikategorikan sebagai atlet Non-Aryan.

Beliau menang emas. Namun Helene Meyer diarahkan untuk memberikan salut Nazi ketika penyampaian pingat.

Gambar Jesse Owens ketika berada di podium ini semenangnya sangat ikonik. Seorang atlet berkulit hitam memenangi emas menewaskan atlet Aryan di hadapan Hitler.

Jesse Owens membawa pulang 4 emas daripada acara padang dan balapan. Beliau menjalinkan persabahatan dengan atlet Jerman Luz Long yang turut membantu beliau menenangkan perasaan gemuruh beliau.

Baca kisah Jesse Owens: Jesse Owens, Pejuang Yang Pernah Diamkan Hitler Namun Tidak Dihargai Di Amerika Syarikat

Kemenangan Jerman

Jerman berjaya muncul sebagai juara keseluruhan. Media antarabangsa memuji melangit penganjuran mereka. Ayat New York Times banyak ditulis semula oleh akhbar lain di seluruh dunia dengan judul: Kembalinya Jerman Di Kalangan Negara-Negara Dunia.”

Namun ada juga beberapa wartawan yang menulis bahawa Sukan Olimpik Berlin hanyalah perhiasan yang mengaburi mata dunia daripada rejim Nazi yang rasis dan ganas.

Pasca Sukan Olimpik

Ketika ramai sedang menulis tentang kisah Jerman yang akhirnya menjadi ‘manusia’. Hitler agak tertekan kerana publisiti positif itu seakan-akan mengganggu usahanya untuk mempercepatkan proses pengembangan negara Jerman.

Tidak lama selepas itu, Hitler kembali menghantui Yahudi. Ketua perkampungan Olimpik Jerman, Kapten Wolfgang Fuerstner dilucutkan daripada tentera kerana didapati ada darah Yahudi daripada nenek moyangnya dahulu.

Wolfgang telah membunuh dirinya kerana pemecatan itu.

Pada 1 September 1939, Jerman menyerang Poland. Hanya 3 tahun selepas Olimpik, Hitler dan Nazi berubah daripada ‘manusia’ kepada pencetus Perang Dunia Ke-II dan kemudiannya peristiwa Holocaust.


SHARE ()