Ole: Yang Penting Kami Tetap Skor 3 Biji

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau lebih melihat pencapaian para pemainnya untuk menjaringkan 3 gol berbanding dengan keputusan seri.

Manchester United terikat 3-3 dalam aksi di Bramall Lane berhadapan dengan pendatang baharu Sheffield United

Sheffield mendahului 2 gol menerusi John Fleck dan Lys Mousset. Tetapi United Memberikan respon dengan 3 gol menerusi Brandon Williams, Mason Greenwood dan pemain kebangsaan England, Marcus Rashford.

Namun kebangkitan United tersekat dengan gol minit akhir perlawanan.

Ia bukan keputusan yang baik untuk United tetapi Solskjaer ada pandangan berbeza. Beliau melihat banyak perkara positif daripada perlawanan ini.

Ole Gunnar Solskjaer juga yakin para pemain muda United sudah belajar sesuatu yang berharga daripada perlawanan ini.

Oleh bangga melihat Manchester United berjaya bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk mendahului 3-2 pada satu ketika.

Sayang sekali mereka agak hilang fokus dan melepaskan 2 mata pada saat akhir oleh gol Oli McBurnie yang turut disahkan oleh VAR.

Ole berkata pasukannya pada perlawanan tersebut menunjukkan karakter yang terpuji.

“Pasukan saya ini tidak mudah menyerah kalah. Sangat berbeza karakter dengan musim lepas.”

“Ini juga menunjukkan kualiti pasukan kami, dengan kemampuan kami menjaringkan 3 gol walaupun tidak bermain pada prestasi terbaik.”

Manchester United memulakan perlawanan dengan berada di tangga ke-10 di belakangan Chelsea. The Red Devils meneruskan kegagalan mereka untuk mencatatkan 2 kemenangan berturut-turut dalam liga musim ini.

Mereka kini sudah mencatatkan 4 kemenangan 5 seri dan 4 kekalahan. Terlalu banyak keciciran mata setakat ini. Tetapi ia tak menghalang Ole untuk memberikan kredit kepada para pemainnya.

Ole menambah: “Apabila kamu 2 gol di belakang, kamu risau ia akan menjadi lebih teruk. Namun pasukan kami tak berputus asa dan tidak mengalah. Kami bangkit dan belajar banyak daripada perlawanan hari ini.”

“Walaupun banyak benda tidak kena hari ini pada permainan kami, dan kami kecewa dengannya, tetapi kami menggantikannya dengan rasa positif kerana karakter yang kami tunjukkan untuk kekal fokus dan mengubah keadaan.”

Solskjaer kemudiannya menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian beberapa pemain mudanya. 2 pemain remajanya iaitu Brandon Williams dan Mason Greenwood menjaringkan gol.

Mereka beraksi cemerlang walaupun bermain pada tahap yang tinggi iaitu Liga Perdana Inggeris.

“Ramai pemain kami datang dari akademi dan mereka tidak bermain perlawanan tahap seperti ini di akademi. Kita mengajar mereka agar tidak gentar dan mereka banyak belajar daripada perlawanan ini.”

United akan beraksi dalam saingan Europa League berhadapan dengan Astana. Ianya diikuti aksi berhadapan dengan Aston Villa dalam usaha mereka menamatkan saingan dalam kelompok 4 teratas musim ini.

Mereka juga ada 2 perlawanan besar selepas itu, berhadapan dengan pasukan bekas pengurus mereka Jose Mourinho iaitu Spurs.

Itu diikuti oleh perlawanan derbi Manchester berhadapan dengan pasukan Manchester City.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.