Ole Yang Garang Ketika Sesi Latihan Dahulu Kala

Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik Manchester United untuk menjadi pengurus sementara sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat selepas prestasi yang agak kelakar.

Solskjaer yang pernah bermain untuk Red Devils selama 11 tahun dilantik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho yang baru sahaja dipecat

Bagi mereka yang tidak mengenali Solskjaer yang bukanlah lelaki berada dalam senarai 100 lelaki seksi di dunia seperti Fattah Amin, namun pemain ini mempunyai muka ‘babyface’ seperti Aiman Tino pernah bermain di Old Trafford bermula pada tahun 1996 sehingga 2007.

Pelantikan Solksjaer dibuat dengan pantas memandangkan kempen Liga Perdana Inggeris bakal memasuki fasa yang agak sibuk tidak lama lagi.

Solskjaer sebelum ini menguruskan pasukan dari Norway, Molde. Beliau kembali ke pangkuan Setan Merah bersama jurulatih mereka sebelum ini, Mike Phelan bagi membantu pasukan tersebut kembali ke pangkal jalan. Solskjaer dan Phelan akan dibantu staff sedia ada iaitu Michael Carrick dan Kieran McKenna.

Video lama ketika Solskjaer yang agak garang disertai carutan mengendalikan latihan bersama Molde.

Garang bukan walaupun tak mampu sambutlah chintaku duhai sayang, Solskjaer mampu lihat diri ini tatap mata ini.

Adakah Lukaku akan berdepan masalah dengan Solskjaer kerana mempunyai sentuhan pertama menyerupai satu rembatan liar atau menjadi satu kelebihan?

“Kau berada 18 ela dari gol dan kau nak f**cking passing lagi?Rembat la!

“Kau tak akan menjaringkan gol kalau kau rembat. Habiskan!”

https://www.facebook.com/axello.mane.9/videos/369235230493994/

Solksjaer mencipta reputasi sebagai pemain ‘super-sub’ yang berbisa kerana sering memberikan impak kepada perlawanan sebaik sahaja dimasukkan dari bangku simpanan.

Antara jasa beliau paling terkenal adalah pada tahun 1999 ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich dimana beliau masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan. Gol tersebut juga berjaya menghadiahkan Sir Alex Ferguson trofi Liga Juara-Juara Eropah pertama sepanjang kariernya.

Selain itu, Solksjaer turut memenangi 6 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 2 Piala FA sepanjang berkhidmat di Old Trafford.

Sebaik sahaja meninggalkan United pada tahun 2007, Solksjaer pulang ke Norway untuk menguruskan Molde sebelum kembali ke pangkuan United tidak lama selepas itu sebagai jurulatih skuad simpanan bermula 2008 sehingga 2011.

Pada awal 2014, beliau kembali ke Tanah Inggeris untuk menjadi pengurus Cardiff City dengan misi untuk menyelamatkan kelab tersebut dari relegasi. Malangnya, beliau gagal menghalang Cardiff dari terjunam ke liga bawahan pada musim tersebut.

Berikutan keputusan yang kurang memberangsangkan pada awal musim 2014/2015, beliau dipecat Cardiff dan Solksjaer pulang ke Norway untuk menguruskan Molde buat kali kedua.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.