Ole: United Sentiasa Lebih Besar Dari City, Kami Bukan Pasukan Counter Attack

Ole Gunnar Solskjaer jelas sekali tidak gembira dengan kenyataan Pep Guardiola yang mengikitiraf Manchester City pasukan lebih besar daripada United di bandar Manchester.

Secara tak langsung menjadikan Manchester City adalah pasukan yang lebih besar daripada mereka di peringkat global.

Manchester City kini sudah 7 musim berada di kedudukan lebih baik dalam liga berbanding dengan Manchester United.

Perkara itu tidak pernah berlaku sejak 1930. Tidak cukup dengan itu Guardiola menuduh Manchester United di bawah Ole Gunnar Solskjaer sebagai pasukan counter attack dan suka parking bas.

Ole juga kecewa dengan label itu yang ternyata merendah-rendahkan pasukannya. Kerana  menurut Ole, sejarah membuktikan Man United akan sentiasa menjadi pasukan yang lebih besar daripada City.

Pep Guardiola tidak peduli dengan sejarah dan menegaskan, Manchester City sudah memenangi 3 EPL, selepas kejuaraan liga ke-20 Man United pada 2013.

Pep Guardiola masih menungu United mencabar kejuaraan, sejak beliau tiba di England.

Ditanya, sama ada Ole merasakan Manchester United masih lebih besar daripada Manchester City, Ole berkata: “Ya! Kami sentiasa pasukan yang lebih besar daripada mereka.”

“Buat masa ini kami ketinggalan jauh di belakang mereka pada carta liga. Apa kamu nak kami buat? Menyerah kalah? Tak mencabar mereka dalam perlawanan ini?”

Guardiola kemudian menyatakan, trofi bukan ukuran untuk menentukan pasukan mana lebih besar di antara Manchester City dan Manchester United.

“Jika dikira pada trofi dalam kabinet, Manchester United menang. Namun kedudukan pada carta liga di akhir musim adalah bukti kami pasukan lebih baik daripada mereka. Konsitensi kami luar biasa,” jelas Guardiola lagi.

Guardiola juga menganggap keputusan daripada perlawana  malam ini sebagai tidak mempengaruhi status Man City yang lagi besar daripada Man United pada ketika ini.

Guardilola menambah: “Untuk penyokong United, kelab ini sentiasa kelab paling besar. Untuk penyokong City mereka pun anggap pasukan mereka paling besar.”

“Tidak kiralah betapa banyak kejuaraan kamu di masa lalu, itu adalah sebahagian daripada perasaan kamu.”

“Apa yang saya pelajari di Manchester City daripada sejarahnya, ketika zaman kejatuhan, penyokong kami sentiasa lebih ramai dan lebih nyaring.”

“Jika kamu tengok kabinet trofi, memang United lebih baik. Tidak ada keraguan lagi. Nombor tetap nombor dan dalam situasi itu, mereka menjulang lebih banyak piala daripada kami.”

“Namun kami akan berada di sana. Dan bagi penyokong City, Manchester City adalah pasukan yang sentiasa lebih baik daripada mereka.”

Solskjaer memberikan komen beliau dengan menyatakan Manchester United masih pasukan yang lebih besar daripada Man City. Dan fokus beliau adalah kepada pembentukan semula pasukan.

“Misi kami adalah untuk merapatkan jurang dan memintas pasukan di atas kami.”

“Kami ada pasukan yang bagus untuk melakukannya.”

“Sejak saya tiba di sini, 7 pemain berpengalaman telah pergi. Kita harus membina semula dan menukar budaya di sini.”

Jadi pada pandangan anda, pasukan mana lebih besar? Manchester United ataupun Manchester City?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.