Perlawanan derbi Manchester semalam dipanaskan dengan kenyataan media di antara Pep Guardiola dan Solskjaer.
Pep menuduh Manchester itu adalah biru walaupun apa keputusan bakal berlaku. Ini kerana menurut Pep mereka pasukan lebih baik dalam beberapa tahun ini.
Pep memperlekehkan jumlah piala yang harus dijadikan ukuran untuk mengira pasukan mana paling berjaya di Manchester.
“Jika dikira jumlah piala pada kabinet, maka memang Manchester United akan menang. Namun saya melihat kepada pencapaian kami dalam beberapa musi ini.”
“Kedudukan liga pada hari terakhir dalam beberapa musim ini bukti Manchester City pasukan terbaik dan lebih besar daripada Man United di bandar Manchester.”
Ole kemudian membalas, beliau sentiasa percaya Manchester United akan sentiasa menjadi pasukan terbaik dan paling besar di Manchester.
Dan Ole berkata: “Kami masih lagi pasukan yang lebih besar di Manchester. Kami akui perlu memperbaiki apa yang sedang berlaku dalam pasukan kami.”
Ole Gunnar Solskjaer still believes Manchester United are a bigger club than Manchester City.
In full: https://t.co/8TmRTHC2Eg #MCIMUN #MCFC #MUFC #bbcfootball pic.twitter.com/eoA4nsN6Yy
— BBC Sport (@BBCSport) December 6, 2019
Dalam aksi derbi semalam, Manchester United menewaskan Manchester City dengan sangat cemerlang.
Manchester United menang 2-1 di gelanggang lawan membuatkan Pep Guardiola terkedu.
Guardiola menjadi mangsa kedua Ole dengan jaringan 2-1 selepas Mourinho sebelum ini.
Jarak 2 kemenangan dengan 2 pasukan big six itu adalah kurang seminggu sekalipun.
Ole dengan itu mengulangi kenyataannya bahawa, Manchester itu masih merah dan bukannya biru seperti didakwa Pep Guardiola.
Big W 💪#MUFC #MCIMUN pic.twitter.com/CQY30KZWMR
— Manchester United (@ManUtd) December 7, 2019
Solskjaer berkata: “Kami telah mengecat bandar ini dengan warna merah.”
"We've painted the city red."
Time to hear from the boss 👇 #MUFC pic.twitter.com/u6hQ3YHxLC
— Manchester United (@ManUtd) December 7, 2019
“Dan untuk malam ini, kita kena meraikan sedikit kemenangan ini. Dan saya nak menikmati beberapa gelas wain hari ini.”
Ole seterusnya menyatakan bahawa ramuan taktikal pada malam tadi adalah daripada para pembantunya yang menyediakan butiran dan persiapan yang sangat baik.
“Oh ya, staf kejurulatihan saya, mereka memberikan butiran yang sangat teliti dalam persiapan kami untuk perlawanan ini.”
“Mereka memberikan para pemain butiran yang sangat lengkap. Dan para pemain telah melaksanakan perancangan dengan sempurna. Sayang sekali mereka (City) melakukan beberapa aksi save cemerlang.”
Ole ada perasaan apabila mereka memegang bola, mereka akan menjaringkan gol.
“Kami mencipta banyak sekali peluang hari ini. Kamu boleh bercakap pasal pertahanan kami hari ini, namun para pemain serangan kami melakukan tugas dengan luar biasa, terutama sekali separuh masa pertama.”
“Malah, setiap kali kami mendapat bola, saya merasakan kami boleh menjaringkan gol.”
Ole kemudian menyatakan 3 pemain yang mereka beli pada perpindahan yang lalu telah membuktikan kualiti luar biasa.
“3 pemain baru kami memang sangat hebat. Kami memang sudah tahu sebab utama kami mendapatkan 3 pemain ini. Mereka bermain dengan cara yang saya, staf kejurulatihan dan kelab ini mahukan bola sepak itu dimainkan.”
“Dan Aaron (Bissaka), letaklah Mahrez, Sterling atau De Bruyne di situ, mereka tak akan dapat melepasi beliau.”