Ole Ulang: “Rashford Persis Cristiano Ronaldo”

Ole Gunnar Solskjaer menghamburkan pujian beliau kepada penyerang mudanya, Marcus Rashford dan menganggap pemain itu adalah persis Cristiano Ronaldo.

Ini bukan pertama kali Ole Gunnar Solskjaer melabel Rashford sebagai Ronaldo baharu.

Namun beliau mengulangi kenyataannya selepas kejayaan Man United menang dalam aksi menentang Manchester City. Di mana Rashford menjadi penjaring gol pertama perlawanan.

Man United menang 2-1 di hadapan penyokong Manchester City. Selain daripada Rashford, 1 lagi gol United sumbangan Anthony Martial.

Kemenangan United ke atas City itu memberikan masalah kepada skuad bimbingan Pep Guardiola yang berada 14 mata di belakang Liverpool.

Beberapa bulan lalu, Solskjaer melabel Rashford persis Ronaldo, gara-gara gol sepakan percuma pemain itu ke atas Chelsea. Rashford membantu Manchester United menyingkirkan Chelsea daripada Piala Carabao.

Rashford musim ini banyak bermain di sayap kiri, iaitu posisi yang menjadi kegemaran Ronaldo sebelum pemain itu berpindah ke Real Madrid.

Ronaldo turut menang Ballon d’Or dengan bermain di posisi serangan kiri itu.

Oleh itu Ole merasakan sangat senang mahu mencari persamaan di antara kedua-dua pemain ini. Kerana kedua – duanya memiliki bentuk badan, skil dan teknik yang hampir sama.

Ole berkata: “Sangat mudah nak membandingkan Rashford dengan Cristiano Ronaldo.”

“Ianya memang sangat mudah nak mencari persamaan di antara 2 pemain ini, ya.”

“Kedua-duanya memiliki skil, bentuk badan, sikap dan keupayaan – kesemuanya adalah mirip. Ketika muda, kedua-duanya telah memiliki segala peluang untuk menjadi pemain yang terbaik di dunia.”

“Harapan saya, agar Rashford terus membangunkan dirinya seperti ini.”

Rashford kini menjadi penjaring utama Manchester United. Dan Ole sudah menyatakan bahawa pemain itu perlu mencabar dirinya untuk mendapatkan lebih banyak gol musim ini.

Solksjaer juga menegaskan Rashford merasai tekanan untuk memperbaiki ketajamannya di hadapan gol selepas pemergian Romelu Lukaku ke Inter Milan.

“Saya malas nak bercakap tentang jumlah gol beliau lakukan. Selagi-lagi beliau kekal positif dan berfikiran lebih direct ketika ada peluang gol, apabila ada peluang beliau akan menjaringkan gol.”

Manchester United kini berada di tangga kelima dalam carta liga. Mereka semakin hampir untuk berada di empat teratas seperti yang mereka sasarkan.

United menang dalam 2 perlawanan berturut-turut menentang pasukan big six.

Solskjaer tetap menggariskan isu pasukannya yang kerap bolos selepas mendahului dan bertekad untuk memperbaiki perkara itu.

Ole Gunnar Solskjaer berjaya memastikan bandar Manchester menjadi merah.

Sebelum perlawanan beliau menegaskan bahawa Manchester itu akan sentiasa merah. Beliau tidak berstuju dengan ‘claim’ oleh Gurdiola yang mengiktiraf Manchester City lebih besar daripada Man United.

Sebaik sahaja kemenangan United ke atas City dalam aksi derbi di Etihad, Ole mengingatkan sekali lagi dengan mengulangi kenyataannya bahawa pasukannya telah mengecat merah bandar Manchester.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.