Ole Tak Puas Hati City Rehat Lebih, Anggap Penyusun Jadual Tak Cekap

Pengurus Man Utd, Ole Gunnar Solskjaer telah mengutuk Premier League yang menyusun jadual perlawanan di antara Man Utd dan Man City.

Menurut Ole, pasukannya diberikan rehat untuk recovery cuma 24 jam. Manakala Man City dapat lebih.

Man Utd menyingkirkan Derby County daripada Piala FA dalam kemenangan 3-0 mereka. Sementara Man City menewaskan Sheffield United pada aksi malam Rabu.

Solskjaer berpendapat, susunan jadual kali ini memberikan kelebihan kepada Man City yang dibimbing Pep Guardiola.

Ole yang merupakan peminat drama Jujurlah Nikahi Aku itu berkata: “Adakah ini membantu? Kami baru berehat dan mereka ada lebih 24 jam rehat daripada kami.”

“Saya tak percaya, ada perlawanan derbi Ahad ini dan kami diarahkan bermain piala FA pada malam khamis. Apa ertinya semua ini?

“Perkara yang sama berlaku ketika kami menang lawan mereka sebelum ini. Kami main Rabu, mereka main Selasa. Jadi, kami sekarang kena pastikan kami benar benar recover dengan baik sekarang.”

“Saya tak rasa kita boleh bantah perkara ini. Ini adalah benda yang orang dah tetapkan, kamu kena bermain juga. Tak ada sesiapa pun boleh bantu kami.”

Manchester United kini berusaha menamatkan saingan dalam kelompok pasukan yang akan ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Man United sudah tak kalah dalam 9 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Man City mahu mengurangkan sedikit defisit mata dengan Liverpool. Namun skuad The Reds itu boleh mejarakkan diri 25 mata terlebih dahulu, kerana beraksi lebih awal di Anfield berhadapan dengan Bournemouth.

Manchester United merupakan pasukan yang membuatkan Man City keciciran mata dalam persaingan liga sebelum ini.

Mereka mahu melakukannya sekali lagi dalam aksi derbi pada hujung minggu ini, yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Ole menyatakan mereka sudah bersedia dengan aksi pada hujung minggu ini. Ole tidak mahu mereka melakukan kesilapan yang sama ketika tewas dalam aksi Piala Carabao sebelum ini di tangan City.

“Kamu tak semestinya melakukan apa yang kamu lakukan dalam aksi cup competitions dalam aksi liga. Kami pasti belajar sesuatu daripadanya.”

“Apabila kamu bermain berhadapan Man City di halaman sendiri, kamu akan dikuasai mereka jika kamu tidak memberikan 100%.”

“Kadangkala, bermain di halaman sendiri dengan penyokong kamu, pastinya kamu mahu menang dan menewaskan lawan kami.”

“Kadangkala kamu akan membuka banyak ruang. Dan itu yang kami lakukan pada 10,15,20 minit selepas mereka menjaringkan gol cantik.”

“Ini bukan isu gol Bernardo Silva yang ke top corner itu, tetapi ianya kerana fokus kami lari sedikit.”

“Kami kena kawal emosi lebih baik. Kami telah belajar dan itulah pengalaman yang akan kami bawa ke perlawanan kali ini, sudah tentunya.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.